TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, February 15, 2012

TERNGANGA KAT IJAT

"(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak,” kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir ketika mengulas mengenai DS Shahrizat Jalil.

Habis....gelang, jam...semua Kak Ijat dah tak pakai!

Mungkin ada wajarnya Kak Ijat mengambil nasihat Tun M. Tak salah rasanya berehat seketika pada masa ini. Bagi semua orang puas hati. Kalau kita tak salah, maka bila kembali nanti, akan kembali dengan lebih gagah lagi, akan lebih hebat lagi malah akan lebih dihormati. Kak Ijat kena ingat, cakap-cakap dari kawan dan lawan pada ketika ini bukanlah lawak jenaka yang boleh buatkan rakyat tergelak besar.

Apa maknanya jawatan dan kedudukan tinggi kalau saban hari dikutuk dan dicerca bukan sahaja dari lawan, malah kawan sendiri pun turut sama. Bagaimanapun sebelum berundur, Kak Ijat kena tunjukkan pengganti yang benar-benar ada kaliber dan wibawa untuk memimpin Wanita UMNO. Kalau benar ingin berjuang, tanpa jawatan dan kedudukan pun masih boleh menyumbang kepada perjuangan.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI