TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, March 6, 2012

DIN TERFIKIR NAK KULIKAN KU LI

Bila Ku Li menegaskan akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang walaupun tidak dicalunkan oleh BN, cepat sekali Din Pudu menawarkan tempat untuk Ku Li bertanding atas tiket Pakatan. Kalau tengok sejarah, Ku Li ni marah-marah dengan UMNO pun tetap akan ke UMNO juga. Maka apa niat sebenar Salahudin Ayob ni?


Apa niat sebenar Din nak tawarkan kuota pada Ku Li. Walhal semua tahu, pusing macam mana sekalipun, Ku Li ni memang dah totok UMNO. Kalau betul Ku Li tak dapat bertanding, ia merupakan satu peluang besar untuk puak Pakatan cuba merampas kerusi Gua Musang tersebut. Tak ada ke puak Pakatan yang mengidam kerusi tersebut?

Jelas sekali niat Din Pudu tu ada udang di sebalik batu. Kali ini Din memang cuba untuk mengambil peluang untuk kulikan Ku Li dalam Pakatan. Namun rasanya, Ku Li cukup matang dan berpengalaman serta bijak untuk membuat pertimbangan dan pasti dapat membaca niat Salahudin Ayob itu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI