Naib Ketua Wanita UMNO ni rasanya dah tak sabar lagi agaknya nak memangku jawatan Ketua Wanita UMNO. Hari ini Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.
Kalau DS Ijat letak jawatan, Kamilia ada keyakinan ke yang dia mampu lebih credible dari DS Ijat dalam mengemudi Wanita UMNO? Tak boleh ke tunggu lagi hanya beberapa bulan sahaja untuk rebut jawatan dalam pemilihan Wanita nanti. Apa gunanya kalau setakat memangku tapi bila dalam pemilihan nanti tertonggeng sampai terkoyak kain.
Bukankah baik dalam situasi sebegini sama-sama berganding bahu untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU nanti, bukannya cabar-mencabar untuk melepaskan pucuk masing-masing. Dah lepas PRU nanti, BN dah kuat semula, baru le ada makna kalau nak rebut jawatan Ketua Wanita tu. Apa kejadahnya kalau setakat memangku, kemudian UMNO dan BN kalah?
Patutnya Wan Jijah tu yang Kamilia gesa suruh letak jawatan dan duduk rumah diam-diam jaga cucu. Patutnya Wan Jijah tu yang disuruh letak jawatan kerana perangai lakinya yang Nauzubillah. Ini ke rupa pelapis Ketua Wanita UMNO? Hanya berani tegur rakan sendiri tetapi bila kena bab lawan, cuma berani menikus aje.
Cakap lebih pun dah tak berguna. Aku harap ahli-ahli Wanita UMNO tahu bagaimana nak memilih ketua baru mereka nanti. Aku harap bukannya Kamilia. Banyak lagi pilihan.
4 comments:
Kamelia ni memang tak pernah pergi kempen di Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau. Wanita sendiri sudah benci lihat perangainya yang agak sombong...
Jom link to my blog
kalau dah gila kuasa nak tu la jadinya tidak sabar utk duduk atas kerusi panas..kalau beliau nak sangat kerusi itu bertanding la dlm pemilihan parti nnti dan masa itu kita dpt lihat sokongan ahli wanita berpihak kepada siapa,sekarang bkn masa untuk bertelagah FOKUS utk kemenangan BN dan UMNO dulu,lepas itu baru pikir yg lain.
Orang UMNO perlu rasional dalam hal ini. Ijat dulu pun tak sabar-sabar nak lawan Fidah padahal Fidah dah siapkan pelan penyerahan tugas. Dia lawan juga. Sekarang ni Ijat kena terimalah kalau Kamilia membuat kenyataan supaya dia perlu meletak jawatan. Menyuruh Kamilia supaya Wan Azizah letak jawatan adalah tak relevan dalam hal ini. Itu rumah tangga PKR. Bagi jer peluang kat Kamilia untuk memimpin sebagaimana Wanita telah memberi peluang kat Ijat untuk memimpin dan dia telah membuktikan kepimpinannya sehingga dia ditolak oleh Lembah Pantai. Ini soal persepsi masyarakat bukannya soal merebut kerusi panas walaupun Ijat tidak terlibat dalam NFC. Sekali imbas NFC ni dah jadi macam PKRlah pulak. Dari Ketua Umumnya, Presidennya dan Naib Presidennya, pi mai, pi mai tang tu jugak!!! Fikir-fikirkanlah.
Betul meluat dgn yg sorang ni, KaK jat tu mmg kuat kerja rajin tolong orang malah kerap turun padang mmg aktif, tp nasib tak menyebelahi kak jat, kita nampak Kak Jat mmg cergas rajin bukan mcm sekor ni (puak rafidah gak) mulut susah nak senyum, sombong satu hal, berlagak nak mampus, mcm ni ke layak jadi Ketua Wanita, kasi lain org laaa yg mudah senyum manis muka serta tahu ni kemanusiaan.
Post a Comment