Gagasan 1Malaysia ialah satu visi yang hebat dalam menggalakkan perpaduan bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga di rantau ini, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon.
Kenyataan Ki-moon itu merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha-usaha DS Najib dan juga kerajaan BN. Ia bukan keluar dari mulut sembarangan orang, ianya dari pemimpin agong PBB.
Peliknya, ketika di kalangan pemimpin-pemimpin luar menilai dan memberi kredit terhadap Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh DS Najib, para pemimpin pembangkang dari dalam negara pula sibuk mempertikaikannya. Agaknya sampai bila para pemimpin pembangkang di Malaysia ini akan menjadi pemimpin yang waras, bukan menurut hawa nafsu, yang dapat menyokong apa yang baik dan elok untuk rakyat dan hanya membangkang bila adanya keperluan untuk membangkang, bukannya membangkang kerana sifat mereka pembangkang.
Alangkah bangganya selaku rakyat apabila Ki-moon berkata bahawa Malaysia adalah sebuah negara membangun tetapi tahap pencapaian pembangunannya amat mengagumkan dan ini boleh dikongsi dengan negara lain selain berharap Malaysia akan terus memaparkan kebijaksanaan sedemikian serta iktibar dan pengalaman kepada banyak negara lain bukan sahaja di rantau ini tetapi juga negara di luar lingkungan rantau ini. Tetapi sayangnya semua ini tidak mahu dikongsi oleh mereka yang menamakan diri mereka pembangkang!
Setelah 55 tahun merdeka, setelah 12 kali PRU, agaknya bila kita selaku rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan barisan pembangkang yang benar-benar membangkang untuk kebaikan rakyat? Bilakah kita akan dapat melihat pembangkang yang tidak lari meninggalkan dewan apabila ketandusan idea?
1 comment:
Nanti adalah suara-suara dari depa, berapa pulak Tok Jib bayar Ki-moon untuk buat statement tu!!. Sudah semestinya kita berbangga dengan statement & pengiktirafan dari boss pertubuhan dunia itu. Pembangkang disini asyik membangkang jer.
Post a Comment