TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, March 18, 2012

MAZLAN ALIMAN DAPAT SOKONGAN 100,000 PENEROKA

Betul ke ANAK yang dipengerusikan oleh Mazlan Aliman akan menolong peneroka? Segenap pelosok Felda dijajahnya dan mendakwa ANAK ingin membela nasib peneroka kerana kononnya para peneroka akan dijual hidup-hidup oleh kerajaan BN.

Malam tadi aku berkesempatan hadir ke majlis Dialog ANAK bersama peneroka Felda Pasak, Kota Tinggi. Kalau dengar permintaan Din Pudu di parlimen yang meminta diadakan pungutan suara di kalangan peneroka, aku rasa gambar yang aku sertakan ini, sah menunjukkan kekalahan awal Mazlan Aliman dan ANAKnya.

Korang tolong kira, ada berapa ribu yang dengar?
Yang duduk depan Mazlan pun tertidur
 

Dialog tersebut yang dianggotai oleh Esa Atan, Timbalan Pengerusi Bangkit, Harris Abdullah, Peguam Panel ANAK dan Mazlan Aliman.

Sebenarnya ANAK inilah yang akan menjahanamkan para peneroka. Itulah rumusan yang aku dapat hasil dari pendengaran aku malam tadi. Hasrat kerajaan menyenaraikan FGVH ialah supaya segala keuntungan perniagaan Felda dapat diagihkan terus kepada para peneroka, warga Felda dan para pelaburnya. Maka mengapa mereka menentangnya?

Nak tahu kenapa mereka menentang. Sebelum diteruskan lagi celoteh ni, kita rehat sekejap dan unit amal akan bergerak sekarang dan akan memungut derma jihad. Ini penting untuk perjuangan kita. Derma tuan itu adalah tiket untuk ke syurga. Kah...kah...kah...modal Mazlan Aliman!!!.....ok, terima kasih atas derma jihad tuan-tuan, kita teruskan lagi.

Dengan penyenaraian itu nanti, maka segala keuntungan tidak lagi akan masuk ke kantung kerajaan sebaliknya akan dipulangkan terus kepada para peneroka dan pelaburnya. Itulah yang dikatakan oleh Haris Abdullah. Rupanya ANAK ni adalah dalang puak Pakatan. Mereka sebenarnya terlalu yakin akan membentuk kerajaan selepas PRU ini. Maka dengan penyenaraian tersebut, sekiranya mereka membentuk kerajaan, maka tak dapatlah mereka nak pusing atau tarkul duit keuntungan perniagaan Felda. Itu yang mereka marah sangat. Bila dah terlalu banyak bercakap, akhirnya terpacul juga niat sebenar mereka. Itu yang mereka kata kerajaan rugi berbilion.  Kerajaan nak senaraikan FGVH agar duit tu terus kepada peneroka dan tak perlu lagi melalui kantung kerajaan. Biar syarikat yang menguruskan dan kerajaan hanya memantau sahaja pergerakannya agar terus memberikan pulangan yang lumayan kepada warga Felda.

Para peneroka dan warga Felda, bertindaklah dengan bijak. Kalau kerajaan BN ingin menganiaya kamu, bukan sekarang, dari dulu mereka sudah boleh lakukan, bukannya ketika BN terkial-kial untuk mendapatkan kembali majoriti 2/3 dalam PRU. 

Yang menentang ini hanyalah totok-totok PAS yang gagal sebagai peneroka. Lihat sahaja gambar tempat Mazlan berceramah tersebut. Ketika jiran sekitarnya bermegah dengan banglo mewah, peneroka tersebut masih lagi mewarisi rumah yang diberikan Felda ketika awal kemasukannya ke Felda. Setiap peneroka diberikan rumah dan keluasan tanah yang sama, kenapa yang lain berjaya tetapi totok PAS masih ditakuk lama? Fikir-fikirkanlah. 


3 comments:

Anonymous said...

Mazlan ni nak urus tanah ibunya 10 ekar tanam semua sendiri gagal...hinga jadi belukar..tanah sentang dan jati konon.. akibatnya berlaku salah menyalah antara adik beradiknya....hingga serah semula kpd Felda,bila Felda tanamkan semula diberikan pinjaman sarahidup pada ibunya...jgn berangan-angan nak bantu warga peneroka yg lain...semua kepentingan politik..puak222 dia... semua nak kuasa...Di Johor ni...warga peneroka faham benar mainan puak PKR...BN masih kuat di Johor...Insyallah...Amin

ANAK JOHOR said...

KENAPA CERAMAH KAT RUMah USANG !
RUMAH FELDA KAT BANYAK BUNGALOW HEBAT HEBAT.
ITU ERTI KEJAYAAN.
RUMAH YANG SIMANGKUK CERAMAH NI USANG DAN BURUK, MACAM OTAK ALIMAN DAN DIN PUDU.
OUT OF DATE..

Johan said...

Saya tertarik kenyataan ANAK JOHOR tentang yempat ceramah di rumah usang..... saya dapati rata-rata yang membenci BN ini pemalas, pemboros malah suka berjudi.. sebab itu rumah sebelas kelihatan mewah, rumah sendiri tak terbela, asyik suka menyalahkan orang lain dan sudah tentu kerajaan adalah salah...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI