Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Husain mengemukakan pertanyaan di Parlimen samada kerajaan bercadang atau tidak untuk menentukan had umur kenderaan di jalanraya. Mungkin MP Pasir Puteh ni dah tau sekarang ni, totok PAS semua dah kaya raya dan dah mampu beli kenderaan muda, maka itulah pertanyaan tersebut diajukan.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri menjawab bahawa kerajaan tidak bercadang untuk meletakkan had umur kepada kenderaan yang menggunakan jalanraya.
Bagi aku pula, Muhammad Husain tu orang Husam Musa. Maka rasanya pertanyaan tu cuma kiasan aje terhadap sorang tua yang mungkin dirasakan dah tak mampu lagi untuk digunakan. Maklum le, rasanya umur orang tua lebih tua dari 99.9% kenderaan yang ada kat jalanan Malaysia ni. Malangnya nak scrap, ada orang yang masih bayarkan roadtax dan insurannya.
No comments:
Post a Comment