TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, April 20, 2012

ANAK GAGAL HASUT PENEROKA JOHOR

ANAK, walaupun pengerusi dan pejabatnya terletak di negeri Johor, tetapi mereka gagal untuk menghasut warga peneroka. Pembohongan dan dakyah yang dibawa oleh Mazlan Aliman, ditolak mentah-mentah oleh bukan sahaja warga peneroka Johor malah di kampung halamannya sendiri di Felda Bukit Ramun.


Dalam siri jelajah Felda oleh Unit Seranta Wilayah Johor Bahru menerusi Ops Warisan dan juga Pemimpin Bersama Rakyat, jelas menunjukkan sambutan dan juga keyakinan masyarakat terhadap Felda  dan juga kepimpinan BN.

Ini ditambah lagi dengan penerangan yang jelas melalui penggunaan slide-projector. Selain itu, Unit Seranta juga menampilkan penceramah-penceramah hebat untuk menerangkan isu-isu semasa kepada warga peneroka antaranya ialah Ustaz Kamal Saidin dan juga Sdr Roslan Kasim. 


Selain itu, kehadiran orang kuat Unit Seranta dari Putrajaya, antaranya En. Hamid Abd Rahman, Tim. Pengarah 1 dan En Mandzri Nasib, Tim. Pengarah 2 yang bersilih ganti mengiringi unit Seranta Wilayah Johor Bahru juga nampaknya meyakinkan warga peneroka betapa Felda sangat menghargai warga peneroka. 

Syabas kepada Unit Seranta Wilayah Johor Bahru terutamanya kepada Sdr Zailani Selamat dan Tuan Hj Hazman Ismail yang bekerja keras untuk memastikan warga peneroka tidak terhasut dek dakyah pembangkang dan terus menyokong segala dasar-dasar kerajaan BN untuk membela, memperbaiki dan meninggikan lagi tahap kehidupan mereka.


Berdasarkan gambar-gambar di bawah ini, sepatutnya Mazlan Aliman berhentilah melawan arus lebih-lebih lagi apabila isu KPF yang diperjuangkannya hanya berjaya mengumpul undi sebanyak 125 undi berbanding 1,102 yang menyokong dasar kerajaan BN.

Felda Ulu Tebrau
Felda Sungai Sayong
Felda Bukit Ramun
Felda Sungai Sibol
Felda Air Tawar 4
Felda Aping Barat
Berbanding dengan program ANAK di hadapan rumah Mazlan Aliman sendiri yang juga ibu pejabat ANAK.



2 comments:

Anonymous said...

Bro ... kat Felda Bukit Besar tak de ke?

Tak saba nak jadi orang kaya baru mei nanti. Tapak tangan kanan ni asyik gatal jer... tu tandanya duit nak masuk banyak.

Anonymous said...

hidup menongkah arus tak reti brsyukur, campurlah lagi puak2 tak reti brsyukur nk jadi hero kunun, sendiri gagal, nk salahkan org lain

ARTIKEL HANGAT BULAN INI