TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, April 13, 2012

DAH BAGI DEPAN, NAK BELAKANG JUGA

Ni reunion bagi orang yang bijak-bijak. Maklum le semuanya dah dapat PTPTN. Tapi setakat mana bijaknya, tak tau le. Samada mereka bijak meminjam dan bijak juga membayar semula, atau bijak meminjam dan bijak untuk mendesak kerajaan supaya menghalalkannya. Aku nak ulas lebih-lebihpun, aku tak bijak. 

Cuma apa yang dapat aku ingatkan ialah belajarlah bersyukur dan berterima kasih. Cuba ingat kembali bagaimana susahnya dahulu kalau tak ada PTPTN. Silap-silap yang dapat PTPTN tupun hanya yang lulus setakat paras-paras hidung aje. Maka kalaulah tak ada PTPTN ataupun nak ikut kata Nuar Biawak nak bagi semuanya percuma, maka bila benda percuma, tentu ada hadnya. Maka kalau ada hadnya, maka yang paras-paras hidung tu, rasanya tak merasa le nak masuk U. 

Selain itu, semakin hari semakin ramai bebudak yang cerdik. Bila bila percuma yang terhad, maka semakin ramai le yang tak berpeluang. Maka semakin kuat le mak bapak menyonglap yang berjawatan untuk memastikan anak-anak mereka dapat peluang belajar percuma tu.

Jadi, kalau dah merasa PTPTN tu, dan dah kerja, dah ada duit, pakat-pakat le bayo. Kalau tabung tu menimbun balik, ramai le lagi yang pangkat adik-adik dapat guna. Senang le sikit mereka nak menampung kos pengajian. Korang yang bijak-bijak ni jangan terikut sangat dengan perangai Nuar yang janjikan nak bagi free semua. Korang semua bijak, jangan le pulak orang dah bagi depan, belakang pun ko nak juga. patut-patut le!


Cuba ko tengok gambar kat atas ni. Ini Forum Perdana anjuran JPMM DUN Panti dalam Parlimen Tenggara. Majlis duduk-duduk ni sedang berlangsung sekarang di Kg Teminin Baru, Kota Tinggi. Kalau program yang macam ni ko orang datang dan duduk-duduk, aje juga faedahnya. Tapi program duduk-duduk macam ni cuma orang BN aje nak buat dan yang nak datang pun cuma orang BN aje. Orang PAS tak puas kalau ceramah tak ada maki hamun.



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI