TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Friday, April 13, 2012

UBAT UNTUK PEMBANGKANG DI JOHOR ADA PADA DS NAJIB


Sejak akhir-akhir ini, puak Pakatan kerap dan gemar bebeno bertandang ke Johor. Yang berharap nak jadi MB baru pun sanggup tinggalkan kawasan yang diwakilinya di Kelantan dan berkampung di Johor.

Keseronokan mereka mungkin disebabkan sejak akhir-akhir ini setiap ceramah yang mereka anjurkan mampu menarik lebih dari 50 orang. Kalau dulu puak Pakatan nak dapat 50 orang pun susah.

Bila tengok keadaan sekarang ini, Guan Eng pun mungkin nak bertanding di Johor. Kalau tak apa kejadahnya hal-hal tanah rakyat Johor, dia yang sibuk nak masuk. Nuar Berahim jangan pertikai le, mana tanah pun dia sapu. Yang kesiannya Hadi Awang yang terhegeh-hegeh, jadi tukang angguk.

Apapun, sambutan orangramai sekarang ini bukanlah menandakan sokongan mereka kepada puak-puak yang menyondol dari belakang. Ini hanya sekadar memeriahkan sahaja selain dari untuk membuka mata para pemimpin BN. 

Puak pembangkang pula melihat kekerapan DS Najib dan TS Muhyiddin ke Johor sebagai satu petanda yang baik buat mereka, seolah-olah ada sesuatu yang sedang berlaku di Johor ini yang  membuatkan DS Najib dan TS Muhyiddin risau.

Kiranya benar DS Najib dan TS Muhyiddin risau, ubatnya ada pada DS Najib. Rasanya tak perlu berselindung lagi lebih-lebih lagi kepada yang gemar meneroka dinding-dinding FB, segalanya sangat jelas. Orang Johor bukannya menolak BN, tetapi orang Johor dah muak dengan Ghani Othman. Ubatnya hanyalah keberanian DS Najib untuk membuat pengumuman, GHANI OTHMAN TIDAK AKAN BERTANDING LAGI. Noktah.


3 comments:

shah said...

ghani othman sila letak jawatan!

Anonymous said...

ya kita tak mau ghani osman

Anonymous said...

ko org tak tahu bahawa selama ni MB Johor bukan Ghani Othman, tapi Lim Kang Ho. Ghani Othman adalah alat cangkul utk Kang Ho menggali dan merompak tanah dan harta rakyat Johor, ini kenyataan, bukan ilusi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI