TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, April 15, 2012

JANGAN AMBIL KESEMPATAN -INGATAN DARI SULTAN JOHOR

"Suka saya ingatkan di sini, supaya jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan bertindak membuat bantahan atau tuntutan yang bukan-bukan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik". Demikian titah Sultan Ibrahim ketika majlis pecah tanah projek pembangunan Mersing Laguna di Dataran Pulau di Mersing semalam.

Sultan Ibrahim yang berharap agar projek yang bernilai RM22 bilion itu akan menjadikan Mersing sebagai bandar pelancongan terkenal dunia disamping menjana ekonomi penduduk tempatan.


Wajarlah Sultan Johor bertitah sedemikian memandangkan akhir-akhir ini, apa sahaja projek yang akan membawa pembangunan dan kemakmuran kepada rakyat, sentiasa sahaja dibantah dan dipolitikkan terutamanya oleh parti pembangkang. 

Sekiranya apa yang dibantah dan dipolitikkan itu memang benar-benar untuk kebaikan rakyat, tidak mengapa juga, tetapi sebaliknya apa yang dilakukan hanyalah untuk mengisi keperluan mereka untuk membangkang yang akhirnya merugikan rakyat dan rakyat juga yang akan terus tertinggal dari segi pembangunan dan peluang ekonomi.


1 comment:

Anonymous said...

jangan ditanya lansung siapa yang jual pasir ke negaga jiran yang busuk hati yang rampas Batu Puteh, yang halang nelayan kita yang nama asal nya bukan Spore tetapi Temasik yang lori panjang berjela dgn 20 tayar, saban hari saban malam hari ahad, hari minggu, cuti awam, cuti umum cuti hari pertabalan hari hol..semua hari siang dan malam dgn jalan lalu causeway dan juga dgn jalan laut dgn barges..janagn ditanya kerana tak siapa yang boleh kata tidak...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI