TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, April 11, 2012

KU LI PELIK DAN HAIRAN

Mungkin Ku Li pelik dan hairan agaknya, bagaimana dia sentiasa menang bila bertanding dalam pilihanraya. Mungkin Ku Li merasakan bahawa dia sepatutnya sudah lama kalah. Atas sebab itulah agaknya Ku Li merasakan dia perlu menyokong BERSIH 3.0 pada 28 April nanti.

Ku Li yang secara terbuka menyatakan sokongan terhadap BERSIH 3.0 ketika menjawab soalan penonton pada Bicara Perjuangan dan Pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) di Kelantan Trade Centre semalam.


Menurut Ku Li, “Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas”. Mungkin Ku Li menang dulu sebab media cuma adil kepadanya sahaja dan dia menggunakan jentera dan kakitangan kerajaan agaknya.


Tak tahulah samada Ku Li benar-benar menyokong, atau sekadar nak timbulkan semula namanya yang dah tenggelam dek popularnya si Kadiag akhir-akhir ini. Tapi, kalau Ku Li benar-benar menyokong, kena le pakai baju T kuning dan duduk sebelah Samad Jenggoat dan diapit oleh Ambigo pada 28 April nanti.


1 comment:

Anonymous said...

Kacai dia Kadiaq dah standby..cabinet sendiri...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI