TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, April 28, 2012

RAMAIKAH AKAN KE DUDUK BANTAH NANTI?

Aku sebenarnya tak berapa sabar nak melihat berjaya atau gagalnya BERSIH 3 nanti. Kalau melihat kepada senario di Johor ni, nampaknya macam tak ada apa-apa yang akan berlaku. Ini berbeza dengan suasana sewaktu BERSIH 2 diadakan dulu.


Sewaktu BERSIH 2 diadakan dulu, merata jalan keluar dari Johor yang menuju ke Utara, diadakan sekatan jalanraya oleh pihak PDRM. Namun pada kali ini, sehingga tengah malam, aku yang baru balik berbelanja bersama keluarga, tidak berjumpa dengan sebarang sekatan jalanraya! Apakah risikan PDRM mendapati bahawa BERSIH kali ini tidak mendapat sambutan atau pihak PDRM telah mengambil sikap "lantak atau talak sahaja' kerana sudah bosan dengan karenah manusia yang memang tak kenal undang-undang?

Apabila DBKL telah menutup kawasan Dataran Merdeka, agaknya di mana keturunan-keturunan monyet ni akan bersidai nanti? Apakah mereka akan melanggar perintah mahkamah yang telah diperolehi oleh pihak berkuasa yang melarang mereka dari berkumpul di Dataran Merdeka?


Apapun, sama-sama kita tunggu apakah kesudahannya esok. Kebencian yang meluap-luap rakyat Malaysia terhadap pencetus huru-hara ini mungkin menyebabkan ramai yang tanpa sengaja mendoakan agar ada yang putus nafas ketika duduk membantah, terutama beberapa kerat tua bangka yang tak sedar diri yang masih merasakan bahawa kudrat mereka masih lagi laksana 50 tahun yang lalu. Aku juga berharap agar ada yang duduk dan tak bangun-bangun lagi!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI