TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, April 27, 2012

KHALID MENGESAHKAN PAKATAN TAK SAMA

"Kedudukan orang Melayu tetap sama cuma bezanya jenis orang Melayu yang memerintah", itu kata Khalid Samad aka Khalid Greja yang kononnya menjamin bahawa tiada apa yang berbeza sekiranya Pakatan yang memerintah.


Ptuiii.....ianya tetap tak akan sama. Mengapa? Kerana Melayu yang memerintah dari Pakatan tu memang berbeza.


Melayu Pakatan yang akan memerintah tu nanti adalah;

  1. Penyokong kepada LGBT.
  2. Boleh menerima Melayu Islam murtad.
  3. Suka berdemonstrasi dari pada mengambil tahu hal rakyat.
  4. Menerima fahaman pluralisma.
  5. Akur kepada kehendak DAP.
  6. Menyokong kepada sama rasa, sama rata.
  7. Suka memaki hamun 
  8. dan banyak lagi, dan lagi dan lagi yang tak dapat diterima oleh budaya Melayu dan juga kehendak Islam.
Cehhh...mahukah anda berpemerintahkan dari kalangan manusia di atas? Mohon diselisihkan......


8 comments:

Anonymous said...

Sikap toleransi sebahagian pemimpin politik Melayu menggugat bangsa sendiri. Contohnya isu kuil Hindu dikawasan majoriti penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam mengambil masa yang lama untuk dipindahkan kerana keengganan pihak kuil untuk keluar dari tapak itu. Disebabkan sikap toleransi pemimpin politik Melayu juga mereka dapat bertahan lama dikuil itu. Semasa penduduk pindah pada tahun 1988 kuil itu kecil tiada air dan elektrik digunakan penduduk setinggan berhampiran jalan keretapi. PKNS berjanji kepada penduduk kuil akan dipindahkan kerana kawasan itu untuk tapak rumah teres dua tingkat sebanyak 16 unit seperti dalam pelan asal Seksyen 19. Pada tahun 2003 kuil diarahkan pindah ke Seksyen 18 tetapi pihak kuil menolak atas pelbagai alasan. Pada tahun 2005 semua penduduk setinggan dipindahkan. Pada tahun 2006 kuil menjadi semakin aktif selepas bekalan air dan elektrik dimasukkan. Kuil dibesarkan tanpa pelan dan permit PBT. Kebanyakan pengunjung kuil datang dari kawasan lain. Sepanjang tahun 2006 penduduk membuat aduan dan perjumpaan dengan pelbagai pihak mohon kuil dipindahkan kerana aktiviti mereka mengganggu ketenteraman di kawasan majoriti Islam. Pada 28/7/2006 Persatuan penduduk membuat aduan kepada DYMM Sultan Selangor. Pada Ogos 2006 dua papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa”. Realitinya, tapak itu terus diceroboh. Pada 26/07/2007 aduan dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah dan Biro Pengaduan Awam, JPM. Pada 29/12/2007 BN lulus kuil pindah ke Seksyen 22. Namun begitu usaha penduduk menjadi sia-sia kerana pemindahan kuil itu dibatalkan selepas PR berkuasa pada Mac 2008 dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Bendera parti PAS dan PKR digantung pada papan tanda PKNS, pemuda kuil kata dua parti sokong kuil tidak payah pindah. Ganguan bising dari kuil menjadi-jadi mereka sudah berani ugut penduduk. Pelbagai masalah sampingan mengganggu penduduk apabila mereka berkumpul ramai dikawasan kuil itu. Aduan demi aduan kepada pihak berkuasa, perjumpaan dengan wakil rakyat sudah dibuat tetapi tidak ada tindakan berkesan. Pada Disember 2008 bilik-bilik kuil dibesarkan, gangguan bising semakin kronik. Penduduk minta bantuan dari Pertubuhan NGO Islam. Pada 08/01/2009 kedatangan NGO diserang AP Shah Alam. (semak minaq jinggo AP Shah Alam pertahan kuil Jan 2009). Kenapa Khalid Samad tuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu?. Kenapa Khalid Samad tidak persoalkan kenapa pengunjung kuil buat provokasi kepada penduduk Islam?. Kenapa Khalid Samad menulis berderet artikel pada Jan 2009 dan Ogos 2009 yang lebih memihak kepada bukan Islam?. Semak jawapan penduduk pada 13/01/2009 melalui blog Pewarisummah.blogspot.com untuk jawapan Persoalan Kuil diSeksyen 19. NGO bina gelanggang bersebelahan kuil untuk mengurangkan sebahagian masalah penduduk. Pada Januari 2009 NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Pada 30/05/2009 penduduk terima berita kuil akan dipindahkan ke Seksyen 23. Penduduk Islam Seksyen 23 membuat bantahan tidak setuju kuil besar dibina berhampiran kawasan mereka kerana penduduk tidak mahu masalah di Seksyen 19 berlaku dikawasan mereka. Pemimpin PR tidak peduli bantahan penduduk Islam. Kuil dikatakan 200 meter dari kawasan perumahan itu terletak bersebelahan padang permainan. Pagar tapak kuil satu ekar diconteng penduduk kerana marah, tetapi MB berkeras hendak teruskan bina kuil disitu.

Anonymous said...

sambungan

Pada 28/08/2009 demonstrasi penduduk Seksyen 23 bantah kuil di SUK. Demonstrasi kepala lembu jadi tajuk utama pelbagai media. Banyak laporan polis telah dibuat. Kita tidak hairan jika pihak kuil dapat sokongan kaumnya. Apa yang menghairankan pemimpin Islam PR ramai bersimpati kepada bukan Islam hingga ada yang keluarkan pelbagai fatwa konon menghina anutan agama lain. Pada 04/09/2009 Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. Kenapa UMNO dipersalahkan?. Kenapa tidak persoalkan kenapa pemimpin PR pilih kawasan berhampiran perumahan majoriti Islam Seksyen 23?. Kenapa kuil kecil di Seksyen 19 dapat ganti tapak seluas satu ekar untuk tapak kuil baru?. Penduduk sekitar kuil Seksyen 19 terpaksa berhadapan cabaran, tekanan emosi dan risiko kerana gangguan kuil mengganggu ketenteraman awam. Jika tidak berlaku demonstrasi kepala lembu masalah penduduk Seksyen 23 mungkin lebih teruk lagi jika kuil ditapak satu ekar dibina disitu. Kenapa demonstrsi kepala lembu amat sensitif kepada mereka?. Pihak kuil tidak peduli sensitiviti penduduk kawasan majoriti Islam. Pada 26/07/2008 pengunjung kuil Hindu di Seksyen 19 buat perarakan bergendang bawa patung besar waktu tengah malam jam 1 pagi tetapi tidak ada tindakan susulan dibuat selepas aduan kepada Wakil Rakyat Shah Alam walaupun ada ugutan bunuh pada malam itu.
Pada 30/09/2009 Bahagian Sekretariat akhbar Kerajaan Selangor terbitkan risalah bertajuk “Memahami isu pemindahan kuil Mariaman di Seksyen 19 ke Seksyen 23”. Laporan risalah bersikap double standard hanya menulis fakta dan aduan oleh pengunjung kuil Seksyen 19. Masalah penduduk tidak akan menjadi serius jika pihak berkuasa prihatin selesaikan aduan rakyat. Kenapa pihak NGO lebih prihatin membantu penduduk di Seksyen 19 dan Seksyen 23?. Logikkah NGO membantu penduduk dituduh dalang yang menimbulkan isu pertelingkahan kaum?.Jika benar seperti dinyatakan “Keadilan Untuk Semua”, gangguan kuil kepada penduduk Seksyen 19 wajar didedahkan didalam risalah itu. Hindu kuil yang disokong MIC sejak zaman BN dahulu tidak jadi isu kepada PR. Tetapi penduduk Islam buat bantahan pasti UMNO dilibatkan.
Pemindahan kuil telah di tangguhkan beberapa kali sejak September 2010. Pada Julai 2011 penduduk melihat kuil baru di Seksyen 23 masih belum lagi disiapkan. Pada 22/09/2011 penduduk hantar aduan ditanda tangani lebih 100 penduduk kepada YB Dato' Khusrin bin Munawi, SUK Selangor mohon bantuan agar pemindahan kuil itu keSeksyen 23 disegerakan. Laporan dokumen Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada 01/07/2009 yang ditanda tangani oleh Datuk Bandar Shah Alam ada laporan yang ditulis ia-itu pihak Polis menasihatkan pihak MBSA memindahkan kuil di Seksyen 19 bagi mengelak perkara tidak dingini terus berlaku.

Kuil yang mengganggu ketenteraman awam penduduk di Seksyen 19 sudah pun dirobohkan pada 02/02/2012. Blog-blog pro PR membuat ulasan UMNO PIJAK KEPALA LEMBU - MASALAH KUIL SEKSYEN 19 SELAMA 24 TAHUN DISELESAI PR HANYA DALAM 4 TAHUN. Memang benar usaha PR selesaikan pemindahan kuil ke Seksyen 23. Kuil kecil di atas tanah milik PKNS Seksyen 19 sudah digantikan tapak baru dikawasan seluas satu ekar bersebelahan kilang Nitto Denko di Seksyen 23. Pemimpin dan media PR memuji kuil berjaya dipindahkan dengan kerjasama pihak kuil itu. Tetapi pemimpin dan media PR jangan lupa tanpa bantahan serius oleh penduduk dan campur tangan Pertubuhan NGO Islam masalah penduduk tidak akan selesai.

Anonymous said...

Sambungan

Pemindahan kuil yang sepatutnya selesai pada tahun 2008 ditangguhkan hingga tahun 2012. Hakikatnya pelbagai masalah yang berlaku dalam masa empat tahun PR berkuasa (Mac 2008 – Februari 2012) lebih teruk berbanding semasa BN dahulu. Cabaran penduduk bukan sahaja dari pengunjung kuil, tetapi sikap toleransi pemimpin PR kepada Hindu kuil menimbulkan masalah kepada penduduk. Kuil senyap selama tujuh bulan selepas campur tangan NGO Islam pada Januari 2009. Tetapi gangguan bising dari kuil berlaku semula selepas Ogos 2009 hingga Januari 2012. Isu kuil itu menyerlahkan sikap pemimpin politik Islam Pakatan Rakyat yang sering buruk sangka sesama Islam, tetapi amat bertoleransi dengan pihak kafir. Yang pasti masalah penduduk Islam di Seksyen 19 dan Seksyen 23 hanya selesai selepas isu kuil itu menjadi isu Negara pada tahun 2009.

Anonymous said...

www.khalidsamad.com - Petikan blog Khalid Samad - Isu Kuil Seksyen 19

Saturday, January 10, 2009 - Persoalan Kuil di Sek 19 dan Tindakan Pewaris

Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan. Melihat dia teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR gagal menyelesaikan masalah di Selangor.
NOTA PENTING: Minta disebarkan perkara ini kerana dijangka provokasi yang sedemikian rupa akan digunakan lebih kerap lagi menjelang PRK-KT, maka harus sentiasa berwaspada. Jangan kita terpedaya!

Monday, January 12, 2009 - Undang-Undang DS atau BN
Ini jugalah seruan Pewaris. Kumpulan yang datang untuk menimbulkan provokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Mereka seolah-olah menyeru orang Melayu/Islam bersatu untuk menekan kaum India supaya orang India akan memindahkan kuil mereka kepada mana sahaja yang ditentukan oleh pihak MBSA. Walau ke ceruk mana. “Melayu bersatu! Melayu bersatu!” laungan mereka. Bersatu untuk ke mana? Ke landasan rasuah, penipuan dan penyelewengan yang telah disediakan selama ini oleh UMNO? Tak payah lah. Landasan kita adalah Islam dan kalau tak berapa tahu Islam, mengajilah. Datang kuliyah agama ataupun ceramah PAS, insyaAllah, semuanya akan jelas.

Tuesday, August 18, 2009 - Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam
Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Anonymous said...

Wednesday, August 19, 2009 - Respon Pengunjung: Persoalan Kuil Seksyen 23

Terima kasih diucapkan atas komen-komen yang terima, termasuk yang menolak dan mempertikaikan tulisan saya. Isu yang dibincang memang ‛sensitif’, kerana dijadikan sensitif. Lebih-lebih lagi bila ada tukang perhangat. Namun perbincangan rasional perlu untuk menyelesaikan masalah yang diwarisi.

Dasar kerajaan PR, ‛Tiada kuil baru dan tiada kuil yang diroboh’. Ada pula yang menambah Seksyen 22 adalah tapak cadangan kerajaan BN dulu, majoriti masyarakat Hindu. Hakikatnya tapak cadangan BN adalah kawasan kilang, jauh dari mana-mana penduduk, Muslim mahupun Hindu. Terlalu jauh dan amat tidak sesuai. Kalau betul ingin membantu, biarlah ikhlas, biarlah adil.

SUNDAY, AUGUST 30, 2009 - Peta Lokasi Berhubung Kuil Seksyen 19
Mungkin bagi orang-orang tertentu tiada bezanya di antara Seksyen 19 dan 23. Kedua-duanya kawasan majoriti ummat Islam. Namun harap maklum, Kuil Seksyen 19 dipindahkan BUKAN kerana Seksyen 19 merupakan kawasan majoriti ummat Islam. Ia dipindahkan kerana Kuil tersebut berada di depan rumah orang (20 kaki). Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat parkir kereta dan ini menyebabkan kesesakan berlaku apabila pihak Kuil mengadakan upacara mereka.

Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini disebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?


2hb September 2009 M - Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke Seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.

Anonymous said...

Penduduk nafi kuil berusia 106 tahun

SHAH ALAM 13 Sept 2009 - Penduduk Seksyen 19 di sini menafikan kenyataan seorang wakil penduduk Hindu di situ yang menyatakan Kuil Sri Maha Mariaman telah wujud 106 tahun sebelum merdeka. Kenyataan mengenai usia kuil itu disuarakan oleh seorang penduduk pada sesi dialog penduduk Seksyen 23 bersama Menteri Besar Selangor di sini pada 5 September lalu. Penduduk mendakwa kenyataan tersebut tidak berasas kerana ketika mereka berpindah ke situ pada tahun 1988, kuil itu hanya berkeluasan kurang 1.5 meter persegi dan sudah tidak digunakan lagi. Kuil itu difahamkan dibina untuk sementara sahaja bagi kegunaan pekerja estet.

Seorang penduduk Khatijah Abu Bakar, 51, memberitahu, kenyataan wakil penduduk itu langsung tidak masuk akal kerana ketika berpindah ke Seksyen 19 pada 20 tahun lalu, kuil tersebut sudah lama ditinggalkan. Ketika itu katanya, difahamkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjanji untuk merobohkan kuil berkenaan kerana kawasan tersebut sepatutnya dibina enam belas buah rumah. Tetapi jelasnya, pada tahun 2000 kuil tersebut diaktifkan semula oleh penganut Hindu dari Seksyen 20 dengan pengubahsuaian serta pembesaran kuil dilakukan pada 2006. ''Keadaan itu memaksa perwakilan penduduk membuat aduan dan satu papan tanda telah diletakkan oleh PKNS bahawa penceroboh akan didakwa.''Tetapi amaran tersebut tidak diendahkan oleh pihak kuil dan meneruskan pengubahsuaian itu sehingga hampir dengan rumah kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dia mendakwa semenjak pemerintahan kerajaan campuran di Selangor, majlis yang diadakan di kuil itu tidak lagi dikawal dan seperti mendapat sokongan daripada pemimpin.

Seorang lagi penduduk, Sharkhiyah Ahmad, 51 berkata, kenyataan wakil penduduk semasa sesi dialog itu hanya mahu meraih simpati hingga cuba mereka-reka cerita tanpa fakta yang betul. ''Kenyataan wakil penduduk itu hanya cakap kosong sahaja bagi menarik simpati pihak kerajaan negeri yang seolah-olah memihak kepada mereka. ''Saya pun hairan kenapa pihak kepimpinan sekarang terlalu mengikut kata-kata mereka berbanding suara kaum majoriti?"ujarnya.

Sharkhiyah turut menyifatkan pemimpin tertentu seperti talam dua muka iaitu menyatakan sokongan ketika berdepan kaum majoriti Melayu tetapi beralih ke belakang bersekongkol dengan pihak lain.

Anonymous said...

http://pewarisummah.blogspot.com/
TUESDAY, JANUARY 13, 2009

ADUAN BERKENAAN KUIL DI SEKSYEN 19, SHAH ALAM
KUIL YANG MENYUSAHKAN PENDUDUK SETEMPAT

ADUAN 2 - PENDUDUK BENGKEK
Merujuk kepada komen YB Khalid Samad
“Memang perjumpaan YB dengan penduduk telah diadakan di dewan Masjid Seksyen 19, malah perjumpaan penduduk bersama AJK kuil pun telah diadakan pada 12/8/2008. Di mana, beberapa rumusan telah dibuat dari pertemuan tersebut sementara janji YB untuk memindahkan kuil tersebut dalam masa satu tahun memerintah seperti :-
1) TIDAK TERUS MEMBUAT PEMBINAAN TAMBAHAN DAN PEMBESARAN KUIL YANG AKAN DIPINDAHKAN.
2) TIDAK MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEBAB 100% PENDUDUK PERSEKITARAN ADALAH BERAGAMA ISLAM.
3) JANGAN BUAT BISING SEMASA GUNA KUIL.
4) JANGAN GANGGU PENDUDUK DENGAN UGUTAN OLEH MANA-MANA PIHAK ATAU KUMPULAN SAMSENG YANG TERLIBAT.
5) TIDAK GANGGU LALU LINTAS SERTA LETAK KERETA PENDUDUK.
6) BENDERA PAKATAN RAKYAT DAN BENDERA PAS MINTA DIALIH DARI KUIL.

Malangnya Nazir Masjid telah dihubungi pihak AJK kuil menyatakan :
1) “KITA TAK BOLEH PINDAH, TEMPAT TAK SESUAI TAK ADA ORANG DUDUK SANA DAN TEPI SUNGAI.”
2) “KITA TAK MAU PINDAH TAPI KITA AKAN BUAT TEMBOK TINGGI KELILING KUIL SUPAYA ORANG TAK NAMPAK”
3) “KITA AKAN BUAT JALAN MASUK IKUT SEBELAH PADANG JOGGING.

Sejak Kerajaan pakatan rakyat memerintah, aktiviti kuil semakin rancak.
1) TIAP-TIAP HARI RAMAI ORANG LUAR BERKUMPUL SEMBAHYANG DIIRINGI TROMPET SERTA GENDANG BERKUMANDANG DARI PUKUL 7.00 PETANG HINGGA 11.00 TENGAH MALAM.
2) BEBERAPA UGUTAN BUNUH TERHADAP PENDUDUK TELAH BERLAKU. ADA PENDUDUK DIUGUT DENGAN MELETAK PEDANG DI GATE RUMAH.
3) AHLI PENDUDUK NAK BUAT KENDURI TAHLIL PUN KENA BAYAR DUIT PERLINDUNGAN DENGAN PIHAK SAMSENG KUIL WALAUPUN PENDUDUK INDIA DI PERSEKITARAN KUIL HANYA LIMA KELUARGA SAJA.
4) KEGIATAN SAMSENG 303 SEMAKIN RANCAK MABUK-MABUK DAN BERKUMPUL DI KAWASAN KUIL SERTA RUMAH PENDUDUK DICONTENG 303. PAPAN TANDA JALAN DICONTENG 303 SEBAGAI TANDA MARKAS. KELENGKAPAN DAPUR PENDUDUK JUGA DICURI, PANTANG NAMPAK LETAK DI LUAR MESTI KENA CURI.
5) KAMI KHUATIR SAMSENG 303 AKAN MEMBAKAR RUMAH PENDUDUK YANG BERANI MEMBANTAH PERBUATAN MEREKA SEPERTI YANG TELAH BERLAKU PADA 25/3/1994 YANG LALU.

Anonymous said...

# Aduan penduduk kepada PBT tidak dihiraukan sebab tangan mereka pun terikat . Aduan Polis pernah dibuat, mereka datang sekadar tengok saja sebab jenayah tak serius.

1) Pembinaan dan pembesaran kuil terus rancak berlaku.
2) Pembesar suara tetap rancak digunakan dengan kuat .
3) Bunyi bising tetap rancak sambil semua bertepuk tangan.
4) Bunyi-bunyian special lagi diada-adakan menandakan tuhan mereka datang.
5) Kata-kata kesat turut diucapkan, mereka kata ‘MELAYU BODOH’, orang mahu sembahyang. 6) Aduan dibuat kepada pembantu wakil rakyat tetapi jawapannya “ MELAYU-MELAYU NI MENGADA-NGADA AJE.
7) Aduan kepada pihak polis jawapannya ‘kami tidak boleh buat apa-apa kalau tidak melibatkan jenayah berat laporan pun lambat.”

Tindakan dari ahli penduduk memasang ayat al-Quran dengan kuat sedikit sebanyak melegakan penderitaan dan tekanan yang selama 20 tahun yang sebelum ini, mereka hanya mendengar trompet, tabla, mentera-mentera serta bau yang tidak menyenangkan. Hasil daripada tindakan ini kumpulan India seramai 15-20 orang telah berkumpul di depan rumahnya. Tetapi dengan berkat al-Quran mereka bersurai sendiri.

Kalau dilihat nasib penduduk disini amat malang kerana sekarang kadok dah naik junjung. Mengharap pemimpin Melayu dan Islam yang ada pun dah diinjak-injak# . Masing-masing nak selamatkan diri sendiri dan ada kepentingan. Memanglah sedih kalau dah ada pemimpin Islam mengatakan kami penduduk seksyen 19 YAHUDI ISRAEL. Amat kecewa kami rasakan apabila saudara seIslam melabelkan kami Yahudi di hadapan orang yang bukan beragama Islam. Tentunya mereka ketawa tanda kemenangan apabila saudara seIslam bergaduh sesama sendiri demi kepentingan peribadi.

Jadi memang wajar bagi kami Penduduk-penduduk mengadakan tempat bagi aktiviti sihat seperti gelanggang silat, gasing dan lain-lain. Sebab ini boleh mendidik jati diri kepada remaja-remaja yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang serta bagi menghidupkan suasana kampung di taman-taman dalam bandar di kawasan seksyen 19 yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk serta taman-taman berhampiran di samping memantau budaya melepak dan minum arak sehingga lewat pagi yang ditiru oleh remaja-remaja setempat yang terdiri dari bangsa Melayu dan Islam serta mengawasi anasir-anasir luar yang menjadi perosak kepada agama, bangsa dan negara serta budaya, di samping bagi menebus maruah pemimpin bangsa yang tergadai.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI