TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, April 27, 2012

SIAPA NIK AZIZ? ....PADA PANDANGAN AKU LE!

Kalau dulu, sebut aje PAS dan Nik Aziz ni, aku cuma setakat suka menyakat aje, tapi sekarang ni lain pulak. Aku dah meluat. Meluat aku kat PAS ni mungkin faktor terbesarnya disebabkan oleh manusia yang bernama Nik Aziz ni.

Apapun pandangan penyokong PAS terhadap Nik Aziz, aku mempunyai pandangan aku yang tersendiri. 

Mungkin ramai yang masih ingat lagi suatu ketika dahulu apabila wujudnya sekelompok Melayu yang dipergunakan oleh bukan Melayu untuk menggagalkan penguasaan ekonomi oleh Melayu. Golongan ini dilabelkan sebagai ALI BABA. Mereka ini menjual peluang ekonomi orang Melayu kepada bukan Melayu dan mereka ini adalah pengkhianat.

Kini bukan Melayu telah menguasai ekonomi. Apabila ekonomi telah mereka kuasai, kekuatan politik Melayu pula cuba dipecahkan. Untuk memecahkan kekuatan politik Melayu ini, Melayu jugalah yang digunakan oleh bukan Melayu ini. Kuasa Melayu yang kuat perlu digugat. Idea dicetuskan oleh bukan Melayu dan Melayunya pula sebagai pelaksana. Maka di sinilah peranan Nik Aziz. Kalau dulu ada ALI BABA, maka bagi aku Nik Aziz kini adalah AJIS BABA. Nik Aziz adalah bapak kepada sekalian AJIS BABA yang ingin menggadai kekuatan politik Melayu.

AJIS BABA hanya gah pada pandangan sahaja dalam kekuatan politiknya. Walhal, segala tindak tanduknya hanya akan memberikan manfaat kepada bukan Melayu. Untuk nama dan kedudukan, maka AJIS BABA ini sanggup menggadaikan apa sahaja. 

Senario AJIS BABA ini samalah dengan ALI BABA dahulu. Kalau ALI BABA, Melayu hanya ada nama dan kedudukan sahaja dalam sesuatu perniagaan tetapi keuntungannya Melayu cuma dapat bau sahaja. Manakala AJIS BABA pula, Melayu juga punya nama dan kedudukan, tetapi kuasa pula ditentukan oleh bukan Melayu.

Apapun, itu hanya pandangan peribadi aku. Sokong tak sokong, aku tetap berpendirian bahawa Nik Aziz memang meniagakan kepentingan dan kekuatan kuasa politik Melayu untuk imbuhan dan kepentingan sendiri dan suku sakat rapatnya. Sayangnya, ramai Melayu "terlanjur" yang kononnya mahu bertaubat dengan menyokong label Islam yang tertipu!


4 comments:

Anonymous said...

Aku suka pendapat ni,sebab pada pandangan aku ia betul.

Anonymous said...

Bagi aku Nik Aziz orang tua nyanyuk,sesat lagi menyesatkan.

Anonymous said...

Cantekk idea tu...AJIZ BABA lagi cantekk kalo tarok eksesori sbg AJIZ BABI..nama manje bro Anuwar bin Ibrahm...laagipon org tua tu kan penyokong tegar BABI..

Org tua tu antara agen parasit/perosak pemecah kesatuan umat Islam dinegara kite...

Anonymous said...

AJIS BABA INILAH YG KUTUK MELAYU, TAK BANGGA JD MELAYU DAN SEGALA BENDA YG BERKAIT DGN MELAYU DIA TAK SUKA WPUN MUKA BERBINTIK TAK BERSIH DIA MEH MELAYU, AKU NMPK MUKA AJIS NIH MCM MUKO SETAN JE

ARTIKEL HANGAT BULAN INI