TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, April 3, 2012

"SUMBANG" YANG SUMBANG

Din Pudu kata, tindakan speaker Dewan rakyat menolak usul berkenaan laporan minoriti serta meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan lesen untuk mereka berguling di jalanraya. Lantak ko la Din.

Sapa yang berguling kat jalan tu, pergi la berguling. Cuma tindakan tersebut tak akan membawa apa-apa manfaatpun.

Bercakap tentang minoriti ni, suka le pulak nak ingatkan ibubapa yang dah seronok sakan pada awal tahun dulu sebab segala-galanya nampak macam bagus aje masa daftar anak-anak memulakan persekolahan. Mana yang anak Darjah Satu, ada yang baru saja dapat bantuan persekolahan RM100.00.


Itu keseronokan awal tahun. Tapi keseronokan tu bukanlah untuk dikongsi oleh semua orang. Habis sahaja bulan Mac, bermakna secara keseluruhannya semua persatuan PIBG telah mengadakan mesyuarat mereka. Rata-rata yang duduk dalam jawatankuasa PIBG ni bukannya senang untuk melihat mak bapak senang sikit. Masa mesyuarat Agong, semuanya nak dibuat secara ekspress. Banyak tempat, mesyuarat tu bukanlah jadi tempat bermesyuarat, tetapi menjadi medan untuk meleteri ibubapa dengan ceramah keibu bapaan, kononnya. Maka diakhirnya, apabila tiba waktu bermesyuarat, ibubapa yang asalnya ingin mengusulkan sesuatu, jadi terpaku dek leteran yang menusuk kepala mereka. Maka mesyuarat jadi lesu dan maka selebihnya keputusan-keputusan akan dibuat le pula oleh jawatankuasa yang minoriti itu nanti.

Maka dalam bulan April atau awal Mei ini akan mulalah pula episod mak bapak mengeluh kembali. Apataknya, sesetengah PIBG gila glamour yang hanya tahu merebut jawatan sahaja, tapi tak pandai nak cari dana untuk sekolah, segala dana akan dikorek dari mak bapak. Jangan terperanjat le kalau akhir tahun dulu dapat RM100.00 dari kerajaan, tapi nanti dapat surat dari PIBG mintak "sumbang" dua tiga kali ganda. Nama aje "sumbang", tapi kalau mak bapak tak mampu dan tak menyumbang, maka jadi macam kera sumbang le pulak nanti jadinya.

Maka, mak bapak nanti tengok aje le apa senarai-senarai sumbang yang sumbang bebenar.  Lagi banyak senarai yang sumbang pada mata mak bapak, maka akan lebih gah le lagi jawatankuasa PIBGnya. Maklum  le, senang berbelanja. Marilah kongsi-kongsikan apa yang sumbang tu kat sini.


2 comments:

Anonymous said...

Bagi menjawab tulisan anda,mari kita ingat hadis yg cukup popular,APABILA MATINYA ANAK ADAM ITU MAKA TERPUTUSLAH HUBUNGANYA DGN DUNIA KECUALI 3 PEKARA : DOA ANAK YG SOLEH,SEDAKAH JARIAH DAN ILMU YG D MANFAATKAN.saya bersekolah aliran CINA,masalah sumbangan langsung tiada masallah d tambah boleh bagi bantuan bulanan kpd murid miskin.Anak sy sek.MELAYU .tabung PIBG hanya cukup utk tahun itu sahaja.DIMANAKAH SEDAKAH JARIH ITU ADAKAH MESTI KE MASJID SAHAJA.Bantuan dari kerajaan amat lambat.SEK CINA BILA MESYUARAT MELIMPAH RUAH IBUBAPA DTG,SEK MELAYU BANYAK KERUSI DARI ORANG, Bila buat keputusan minta derma marah,ingat BANYAK KE KERAJAAN BAGI DUIT.SY PERNAH DUDUK AJK PIBG ,ITUPUN TERPAKSA SBB MURID ADA 800 ORANG TP DTG MEETING 30 ORANG.CE CITA NAK BUAT CAMANA,KALAU KATA GILA JAWATAN TU TAK TAULAH.(Walaupun aku sokong Bn tp Rebut jawatan parti lg dasyat jika dgn jawatan pibg yg d akhir mesyuatat dapat kertas segulung.)adalah aku harapkan jika kerajaan bagi lg rm100 tu ibubapa kena ambil setelah meeting pibg supaya ibubapa tahu apa itu mesyuarat pibg,jangan asyik komplen sahaja.TERIMA KASIH

Anonymous said...

Terkadang aku rasa tak nak PANGKAH BN JE sbb aku peratikan ramai PEGAWAI D KEMENTERIAN PENDIDIKAN yang BANGANG sbb ade ke patut sek kat kg BUAT 4 TINGKAT ,TP BANGUNAN YG LAMA BUAT MUZIUM,SEDANGKAN BANGUNAN ITU MASIH ELOK LG,TIDAKKAH ITU MEMBAZIR KUNUN RMK10.ITU BLM LG BUAT YG MENGARUT KAT TEMPAT LAIN.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI