Aku nak tanya korang semua. Berbaloikah kalau kita pilih Pakatan untuk memerintah Johor hanya dengan tawaran di atas? Itukah sahaja yang mampu ditawarkan kepada rakyat Johor jika mereka memerintah?
Tawaran pertama tu, aku tak kisah le berapa lama seseorang tu nak jadi MB, selagi dia menyenangkan rakyat dan membawa kemakmuran dan kesejahteraan. Kalau seseorang tu memang bagus untuk jadi MB, aku peduli apa berapa penggal dia nak jadi MB.
Bab kedua tu, setahu aku kerajaan BN memang dah buatpun. Lagipun apa nak aku bimbangkan, kebanyakan calun BN dia orang memang dah kaya dan dah mewah sebelum jadi YB. Lain le kalau calun PAS, harap jadi kaya selepas jadi YB. Kalau YB miskin macam mana nak tolong orang lain?
Bab ketiga tu, cuma setakat RM12 aje sebulan. kalau Pakatan dah perintah, nanti tiap-tiap hari dia buat ceramah dan tadah tong mintak derma. Kalau sekali campak 50 sen aje, sebulan dah RM15. Tak berbaloi!!!
Bab keempat tu, berapa banyak nak bagi kurang. Yang banyak tertunggak bayar cukai rumah murah dan sederhana tu pengikut PAS kot? Kalau bagi sebiji rumah kos sederhana pada setiap rakyat secara percuma, berbaloi juga.
Bab kelima tu, aku dah kawin. Tu le, asyik sibuk berceramah dan dengar ceramah aje, sampai nak kawinpun nak mintak insentif dari kerajaan. Mas kahwin kat Johor ni cuma RM22.50 aje.
Yang keenam tu lagi le bodoh bunyinya. Takkan setiap kali aku nak wifi percuma, aku nak kena pegi bandar. Baik le duit minyak atau tambang ke bandar tu aku buat bayar BB. Surfing kat rumah lagi best. Bodoh bebeno aku dengar bunyi tawaran ni!
Berbaloi ke?
1 comment:
sy yg duk di selangor ni dh terkena auta PR ni.. sy harap org johor tak kan tertipu.
Post a Comment