TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, May 21, 2012

KEMPEN SAPU HABIS!

Ini kisah pada hari Ahad lepas. Ada le sikit masa yang terluang, maka aku ikut group Seranta Felda bersama rakyat sambil berkempen. Waktu siangnya bersama dengan ADUN Pasir Raja dan juga UMNO Tenggara.

8.45 pagi selepas perasmian oleh ADUN Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba, konvoi bermotorsikal Majlis Belia Felda Tenggara mula bergerak meninggalkan perkarangan Masjid Jamik Felda Bukit Ramun. Konvoi yang terdiri dari 88 buah motorsikal ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Seranta 2 (JPM) Sdr Mandzri Nasib.


Konvoi ini bergerak dan singgah di masjid-masjid Felda di parlimen Tenggara sambil menghulurkan sedikit cenderahati untuk setiap masjid. Terdapat 7 Felda dalam Parlimen Tenggara ini. Aku tak ikut le pulak dia orang ni berkonvoi, tapi aku dimaklumkan bahawa di setiap masjid yang disinggahi, kariah masjid tersebut ada membuat program antaranya bergotong royong dan masjid Felda Sg Sibol ada program bersama Imam Muda.

Sementara konvoi itu bergerak, pihak Seranta Felda dengan kerjasama JKKK Felda Bukit Ramun melancarkan pembukaan gelanggang Seni Silat Olahraga Buah Pukul Johor. Pelancaran ini juga dilakukan oleh ADUN Pasir Raja. Ramai juga anak muda dan remaja yang berminat dan mendaftar menyertainya.


Setelah konvoi ke masjid ini berakhir di Felda Linggiu, kesemuanya bergerak pula ke Program Karnival Sayangi Rakyat dan hari Keluarga Bahagian Tenggara. hampir 1000 rakyat menyertai program ini. Program dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Tenggara yang juga ADUN Panti, Datuk Hj Baderi Dasuki turut dihadiri oleh ahli-ahli parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan PPP. Pelbagai acara diadakan, dari untuk kanak-kanak hingga ke atok dan nenek. Program yang sangat berjaya.


Pada sebelah malamnya pula, bersama grup Seranta lagi, aku ke Felda Air Tawar 1. Program ceramah tentang isu-isu semasa yang disampaikan oleh Datuk Nasir Safar, bekas ADUN Pulai Sebatang yang juga bekas Pegawai Khas kepada DS Najib. Hampir 200 orang yang hadir. Namun semangat mereka menyokong kepimpinan DS Najib sangat-sangat mengujakan apabila tercabar dek ayat-ayat yang terhambur dari mulut Datuk Nasir. Tengok aje kat gambar-gambar ni, dari duduk sampai berdiri dibuat dek Datuk Nasir. He...he...he... ada can ke puak Pakatan kat Johor???




No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI