TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Thursday, May 24, 2012

BERBELANJA DI PASAR RAYA? SEMAK RESIT ANDA

Aku menulis artikel ini kerana ingin berkongsi pengalaman. Ianya setelah beberapa kali aku "terkena" terutamanya ketika hujung-hujung bulan selepas gaji. 

Biasanya ketika ini kebanyakan dari kita akan berbelanja lebih, maka berhati-hatilah. Sebelum meninggalkan kaunter, elok semak dulu resit perbelanjaan anda.

Ini berlaku mungkin bukanlah kerana pasaraya tersebut nak tipu kita, tetapi kerana sikap segelintir pekerja mereka yang tak bertanggungjawab. Dek kerana dah pernah terkena, maka hampir setiap barang yang aku ambil, aku cuba sedaya upaya untuk mengingati harga yang dipamerkan di rak.

Semalam pagi aku berkunjung ke Tesco Kulai. Di rak, dipamerkan harga Fineliner jenama Tesco ialah RM3.00 tetapi apabila discan, aku terpaksa membayar untuk harga RM5.90. Tak puashati, setelah membayar, aku arahkan isteri menunggu troli dan aku masuk kembali dan mengambil gambar barangan tersebut di rak. Ada staff yang nampak aku ambil gambar tu, terus tanggalkan tag harga dan bila staff CR datang bersama aku, dia dah tak ada rujukan lagi. Tapi setelah aku tunjukkan bukti gambar dalam h/phone aku, melilau dia cari staff bahagian alatulis tersebut. Memang aku dapat balik beza RM2.90 tu setelah buat komplen dan tunjuk gambar dalam h/phone aku, tapi ianya menyusahkan dan mengambil masa aku.


Keluar dari Tesco, aku ke Econsave Kulai pulak. Sebab kat sini kononnya banyak jual sayur. Beli sekampit beras. Harga yang dipamerkan RM25.99, tapi bila discan, harganya RM30.95. Banyak bezanya tu. Oleh kerana banyak lagi barang yang belum discan, maka aku sekali lagi bergegas ke rak dan mengambil gambar. Mujur kat sini tak banyak songel. Terus dibatalkan harga yang discan dan dimasukkan pula secara manual mengikut harga yang dipamerkan.


Bayangkan, pengunjung pasaraya ini pada setiap hari bukannya puluhan orang. Ketika selepas gaji, mungkin boleh jejak ribuan orang. Kalau ratusan orang sahaja yang mengambil sekampit beras, maka berapa banyak keuntungan luarjangka mereka? Oleh kerana dah kerap berjumpa dengan hal yang sebegini, suka aku cadangkan, sepatutnya pihak pasaraya membayar semula dengan nilai 10 kali ganda atau lebih pada perbezaan harga yang dipamerkan kepada pelanggan kerana hal yang nampak macam remeh ini sebenarnya menyusahkan dan merugikan pelanggan. 

5 comments:

Anonymous said...

Memang kita kene tengok balik resit lepas buat pembayaran. Kadang-kadang harga yang terbaru tak dimasukkan dalam komputer pun, harga yang lama pada tag pun tak ditanggalkan. Patutnya kerja si sales assistant pastikan perkara begitu tak berlaku langsung jika ikhlas dalam mencari rezeki...

ruzain said...

tesco ampang pon sama.post harga diskaun, bila bayar harga lama yg x de diskaun.

Anonymous said...

Dengan bukti yang ada tuan diminta membuat lapuran kepada KPDNKK yang berdekatan supaya tindakan dapat diambil. Penipuan yang dilakukan tersebut boleh menyebabkan lesen mereka dibatalkan.

Anonymous said...

Ini amalan biasa giant dan Tesco la. Dah berkali kali tersilap harga, tapi asyik silap yang menguntungkan mereka saja. tak pernah la pulak tersilap scan lebih rendah dari harga dipamir.

Hrag pula sgt tinggi, dia perangkap kita dengan barang murah seperti tepung dsbnya. Tapi cuba beli Huggies M84, di Kedai luar dapat 31.50 atau kadang kadang RM30.90, di giant, RM38.90. Murah ke?

Itu baru satu barang.

Hani said...

dahulu saya kerja cashier jusco, memang byk jumpa kesilapan harga ni...silap nyer di mana? pasaraya ni byk buat promosi harga untuk barang terpilih, harga member card, sale dan sebagainya...pada saya perkerja bahagian barangan / sistem tersebut sepatutnya periksa betul-betul harga yang dipamerkan dan harga dalam sistem,bagi pengguna hati-hati ketika membeli...kalau dh biasa membeli, kita boleh tahu mane yang murah dan harga promosi yang ditawarkan itu patut atau tidak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI