Siapa ahli ANAK ni? Berapa ramai? Berapa peratus dari jumlah 112,635 peneroka yang menjadi ahli ANAK? Dari mana ANAK dapat dana untuk round Malaysia? Takkan cukup setakat pakai tabung tin Milo!

Apa yang aku bimbang ialah Mazlan cuma memperalatkan warga peneroka kerana telah diperalatkan oleh pihak lain. Tujuan penyenaraian sangat jelas untuk meninggikan lagi taraf pendapatan dan kehidupan warga peneroka. Mengapa mesti ditentang? Mengapa segala penjelasan demi penjelasan yang diberi oleh pihak kerajaan seolah-olah semuanya tak betul. Bijak sangat ke Mazlan tu. Kalau semua Felda salah, keluarlah dari Felda kerana kamupun tak punya apa-apa di Felda, setakat menumpang di rumah pusaka.
Aku cabar Mazlan Aliman agar menunjukkan bukti berapa ramai warga Felda yang menganggotai ANAK. Ini kerana walaupun terdengar suara-suara yang kononnya membantah, tetapi bila diberi durian runtuh, semua berebut mengambil, tak ada pulak yang menolak.
Sesungguhnya kejayaan penyenaraian FGVH ini nanti, rahmatnya ialah terhadap warga Felda. Maka siapa sebenarnya yang bimbang dengan penyenaraian FGVH ni?
Dengan penyenaraian itu nanti, Felda akan mempunyai modal yang banyak untuk membina kilang-kilang sawit baru dan memasuki industri hiliran. Maka yang takut tentunya pemilik-pemilik kilang sawit dan industri hiliran yang tidak mempunyai ladang sawit. Apakah mereka inilah yang mungkin menggunakan Mazlan dan ANAK untuk menggagalkan penyenaraian FGVH.

Justru itu, sukalah pulak aku mencabar MBF, GWGF dan lain-lain NGO Felda agar bertindak agresif sebagaimana agresifnya Mazlan Aliman. Kalau Mazlan saman, mengapa kamu tak mahu saman Mazlan yang melambat-lambatkan peluang kamu untuk mengecap nikmat kemakmuran negara hasil dari Felda?
No comments:
Post a Comment