TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, May 18, 2012

CEK RM5,000 DAN SEBUNGKUS BUBUR LAMBUK

Dalam masa 3 hari ini, aku dapat menghadiri 2 program yang berbeza, namun di tempat yang sama. Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi dan direnungkan. Cuma aku harapkan agar tiada yang tersinggung.

Program yang pertama ialah majlis penyerahan cek bonus Felda sebanyak RM5,000 bagi setiap keluarga peneroka pada 15 Mei yang lepas. Oh ya, program-program ini berlangsung di Dewan Raya Felda Bukit Besar dan yang terlibat ialah orang Felda Bukit Besar juga.

Mengenai program pertama tu, sebagaimana yang orang selalu kata, sebab duit, maka ramai le yang hadir. Orang UMNO, orang PAS, orang PKR, semua hadir. Maka di awal program, ahli Parlimen Tenggara bukan main bersemangat berucap, berapi-api dan kerana dek ramainya orang setiap cek ingin disampaikan sendiri kepada setiap peserta oleh YB MP. YB nak salam sorang-sorang penerima, katanya. 


Aku yang berkeliaraan ambil gambar terdengar le juga soksek-soksek yang tak berapa setuju. Setuju nak ambik cek, tapi tak setuju le macam didera berjam-jam. Maklum le masing-masing ramai yang dah tua. Ada juga yang balik dan wariskan pada anak untuk mengambilnya. Ramainya hadirin tidak hingga ke akhir program, dapat cek, masing-masing terus balik. Tak tunggu kengkawan lagi. Maka yang awal dapat, ramai le yang menyaksikan, tetapi yang akhir sekali, tinggal beberapa kerat aje.

Situasi kedua ialah pada malam tadi. Ada program forum agama bertajuk "Semurni kasih mesra keluarga". Program selepas isyak. Aku datang cuma nak tengok, ramai ke hadirin, sebab program ni tak ada duit, cuma ada sebungkus bubur lambuk aje.

Luar jangkaan aku, program anjuran ADUN Pasir Raja dengan kerjasama Pejabat Kadi Kota Tinggi dan Seranta Felda dihadiri oleh lebih kurang sama ramainya dengan kehadiran yang nak ambik cek durian runtuh!

Ucapan YB ADUN pendek aje. Mengucapkan terima kasih kepada hadirin dan mengajak sama-sama menghayati ilmu yang disampaikan. Bezanya, cuma apabila aku berkeliaran ambik gambar tu, aku tak nampak pulak muka-muka PAS dan PKR masa ambik cek durian runtuh dulu.

Yang datang tu tak dijanjikan apa-apapun. Hebatnya, mereka kekal hingga ke akhir program dan hanya bergerak keluar dewan bersama-sama dengan ADUN dan penceramah dan mereka yang menghulurkan tangan bersalaman. Tak ada pulak soksek-soksek mangatakan lambat habis atau sebagainya. Penganjur cuma bekalkan masing-masing dengan sebungkus bubur lambuk sahaja untuk dibawa balik. 

Natijahnya, apa yang dapat aku rumuskan ialah, tak semestinya program yang melibatkan imbuhan kebendaan berjaya. Dan program-program ilmu ni, puak pembangkang memang tak akan datang, maka sebab itulah tahap pemikiran mereka macam longkang. Apa-apapun, tahniah kepada semua yang terlibat.




No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI