TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, May 23, 2012

KAKITANGAN KERAJAAN -ADA JALAN PINTAS


Bila kakitangan awam yang dah pencen serah borang masuk PAS, sedikitpun tidak aku heran. Lebih-lebih lagi jika yang masuk tu antara mereka yang dulunya mempunyai kuasa dan dengan kuasanya boleh menganiaya orang lain.

Masuklah, bekas polis, bekas kastam, bekas imigresen, bekas ketua jabatan malah bekas menteri sekalipun, apapun alasan mereka, aku punya penilaian tersendiri.

Inilah orang-orang yang tak tenteram jiwanya kerana sering dihantui oleh kesilapan lampau sewaktu berkuasa. Untuk mengakui kesilapan dan meminta maaf adalah sesuatu yang sukar, lebih-lebih lagi mereka-mereka ini adalah dari yang berego tinggi.

Bila dah pencen, dah teringat pulak lubang kubur. Bila teringatkan kubur, teringatkan pulak syurga neraka. Maka nak cuci salah dan silap yang lampau, jalan pintas yang paling mudah yang "dijanjikan" syurga dan "dijamin" pula ialah dengan mengganggotai PAS. 

Maka biarlah mereka ini dengan angan-angan syurga ciptaan Pok Nik. Tak rugi BN tanpa orang-orang yang suka kepada jalan pintas ini malah mudah pula terpesona dengan janji-janji molok PAS yang tak nyata. Sesiapa lagi kakitangan awam yang terasa banyak dosa, dah banyak buat dosa dan malas nak bertaubat dengan Allah, maka bolehlah masuk PAS untuk ke syurga.


1 comment:

milo93 said...

yup2..
aku pun xherann..
kn2...dlu pegang kuasa..
kerajaan boleh jatuh kn bile2..
bile da bersara la nk berjasa..
alhamdulillah..
semoga sedikit usaha tu Allah pndg..
dan balas dgn ape yg sepatutnye..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI