Betul le agaknya bila ramai yang berkata, selagi Nik Ajis bernyawa, selagi itu le PAS dan UMNO tak akan duduk semeja. Kalau Nik Ajis bercakap nak bermuzakarah atau berbincang dengan UMNO, itu tandanya dia mengigau. Maka bila dia sedar, maka lainlah pulak cakapnya.
Mungkin silap besar agaknya bila TS Muhyiddin menyambut pelawaan muzakarah PAS itu dengan ikhlas tempoh hari. TS Muhyiddin berkata UMNO sedia bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. Tak ada dah tujuan lain.
Namun PAS yang dah tersedia bengong menyambutnya dengan anggapan yang lain pula. Malahan TS Muhyiddin pulak dikatakan silap faham oleh S/U Akhbar Nik Ajis (klik SINI).
Silap faham atau salah faham, patutnya dah tak timbul lagi kalau ikhlas nak bermuzakarah. Tak payah sebut dan tak payah keluar kenyataan lagi. Bila dah bermuzakarah nanti, betulkan le mana yang silap dan mana yang salah. Sebenarnya apa tujuan asal Nik Ajis ajak bermuzakarah kini boleh dipersoalkan. Rasanya Nik Ajis yang silap, yang salah dan yang ..... lebih-lebih lagi bila membaca perenggan terakhir kenyataan S/U akhbarnya.
Inilah yang kononnya dibanggakan sebagai ulama' oleh PAS. Bak kata orang Minang, "telunjuk lurus, kelingking berkait". Eloklah orang-orang Islam dan Melayu melupakan seketika apa-apa juga harapan untuk melihat PAS dan UMNO berdamai selagi manusia yang bernama Nik Ajis ni masih bernyawa. Dan pemimpin UMNOpun eloklah jangan hiraukan apa jua kenyataan dari pemimpin PAS yang bengong. Yang penting, tingkatkan usaha agar ahli-ahli PAS mengisi borang dan menjadi ahli UMNO agar tongkang PAS kosong kerana Islam dan Melayu tak akan bersatu selagi adanya PAS. Wallahua'lam.
1 comment:
seperti jangkaan ramai pihak....langsung x terkejut....ajaran Setan saling berkait dgn PAS, bagai pinang dibelah dua, talam dua muka, bagai aur dgn tebing, tanam tebu di pinggir bibir, bla...bla..bla....nasib baik tak jadi.....buat mudarat UMNO/BN je
Post a Comment