Hari ini Pemuda PAS dah malukan Nik Ajis. Hari ini juga Nik Ajis dah kena sedar diri. Pemuda PAS dah tunjukkan kepada umum rakyat Malaysia, bahawa Nik Ajis is nobody! Tempat Nik Ajis dah tak ada lagi.
Nik Ajis yang mulanya tersenyum apabila Pemuda PAS bercadang ingin menunjuk perasaan di hadapan pejabat NST di Bangsar, hari ini terpaksa menekup muka, malu.
Awalnya Nik Ajis jangka tentu puluh-puluh ribu orang yang marah dengan NST kerana menulis berita tentang "bapak kafir". Kesian, rupanya dari entah berapa ratus ribu Pemuda PAS tu, cuma 70 orang aje yang hadir membantah.
Ehhh....apakah maknanya yang lain tu setuju dengan berita yang ditulis oleh NST tu? Apa sebenarnya yang dah jadi? Nak kata tak ada promosi, bukan main hebat lagi FB dan blog pro PAS mengiklankan bantahan mereka pada hari ini. Rupanya Pemuda PAS saja nak tunjukkan pada Nik Ajis bahawa tempat Nik Ajis dah tak ada lagi dalam PAS.
Dah sampai masanya Nik Ajis mengundurkan diri dan digantikan dengan Mat Sabu sebagai Mursyidul Am PAS, baru Pemuda PAS seronok!!!
No comments:
Post a Comment