Untungnya puak Pakatan dapat mamat ni. Mamat ni dengan tamborin, lebih kurang serupa je. Kena goncang baru berbunyi. Nanti bila dah tak ada orang goncang, diam le dia. Mungkin masa lahir dulu, orang tuanya dah nampak bakat anaknya, tu yang dinamakan Thamrin, mengambil sempena tamborin.
Aku syok betul bila si Thamrin ni kata yang UMNO sekarang berjuang menyimpang dari matlamat asalnya. Kesian anak Tun Ghafar ni, dia tak sedar sebenarnya dia yang menyimpang dari matlamat asalnya masuk UMNO. Orang UMNO ni, bila masuk UMNO tak ikhlas, akhirnya akan berbunyi di pentas pembangkang. Jadi tamborin untuk menyedapkan lagi lagu puak pembangkang. Ini pasti ada benda yang dihajatkan yang dia kempunan.
No comments:
Post a Comment