TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, June 10, 2012

TIONG LAI PATUT BAYAR WWW15

WWW15 yang berharga RM24,200 patut dibayar oleh Menteri Kesihatan, DS Liow Tiong Lai. Memang ada keistimewaan yang diperuntukkan untuk Tiong Lai memperolehi nombor tersebut secara percuma. Namun tindakannya yang memohon nombor tersebut pada saat akhir menyebabkan nombor tersebut telah mencecah nilai yang disebutkan.

Seharusnya, sekira benar Tiong Lai ingin menggunakan kemudahan dan keistimewaan yang ada untuk mendapatkan nombor tersebut secara percuma, beliau bolehlah memohonnya awal-awal dan mungkin bidaan nombor tersebut boleh ditutup oleh pihak JPJ. Rasanya banyak lagi jabatan-jabatan kerajaan yang memperolehi nombor-nombor "cantik" pada kadar asas, tetapi mereka memohon awal, sebelum siri nombor tersebut dibuka untuk bidaan, bukannya pada hari terakhir bidaan satu-satu siri nombor itu ditutup.

Oleh kerana permohonan yang dibuat pada saat-saat akhir, maka mungkin nombor tersebut telahpun dibida oleh orang lain dengan nilai RM24,000 maka sebab itulah pihak JPJ menawarkan dengan harga RM24,200. Tiong Lai patut mengakui kesilapan ini dan mengambil tanggungjawab. Tiong Lai patut membayar harga yang ditawarkan, atau menolak dari menerima nombor tersebut dan ditawarkan semula kepada pembida tertinggi sebelumnya. Namun begitu, jangan pula kerana marah dek teguran, WWW15 ditukar pula kepada PKR15 yang bakal dibuka untuk bidaan!



2 comments:

Anonymous said...

apa kejadah lakhanat ni mau no buta jer...

pi masuk pkr la senang...

pejuang hamas...

Anonymous said...

Sepatutnya semua nombor dibuka untuk tender. saamada kenderaan kerajaan atau persendirian. Kita juga ada lihat kakitangan kerajaan yg gaji tak seberapa juga dapat nombor cantik tanpa bidaan sebab dia ada orang dalam. Harap SPRM siasat kerana ini merugikan kerajaan.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI