TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, June 27, 2012

PENEROKA MOHON KERAJAAN ADAKAN DANA


Apa kena mengena tajuk posting ni dengan gambar lori kat atas ni? Sebenarnya, sejak akhir-akhir ini aku agak kerap ke program-program di Felda di Negeri Johor ni. Maka sambil-sambil itu, dapat le juga aku beramah dengan para peneroka yang tengah "panen" dengan durian runtuh.

Namun dalam kegembiraan mereka, rupanya ada juga kebimbangan. Apa yang mereka bimbangkan bukanlah dengan dasar dan transformasi yang ingin kerajaan lakukan. Tetapi mereka bimbang dengan apa yang mereka sifatkan tindakan "secubit dari segantang" warga peneroka. Tindakan golongan yang terlalu sedikit yang mereka anggap sebagai bangang yang diketuai oleh anak peneroka yang tidak pernahpun menjejakkan kaki ke menara gading yang mencabar transformasi yang ingin dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan warga Felda. Mereka sedar segala transformasi yang ingin dibuat untuk warga peneroka telahpun dianalisis dengan sedalam-dalamnya oleh pasukan cerdik pandai dalam pelbagai bidang, bukannya menurut hawa nafsu sebagaimana yang dibuat oleh ANAK.

Bimbang mereka ialah tindakan tak bertanggungjawab oleh ANAK ini akan mengakibatkan kerugian berterusan kepada majoriti yang menyokong usaha kerajaan dan Felda. Mereka sedar, untuk menjalankan satu-satu usaha memerlukan modal yang besar lebih-lebih lagi sekiranya ianya bersifat mega sebagaimana penyenaraian FGVHB. Mereka bimbang, dengan tindakan ANAK ini yang memburuk-burukkan usaha kerajaan, cuba melengahkan atau menggagalkan usaha yang baik ini, akan menyebabkan banyak peluang perniagaan terlepas dan mungkin akan mendatangkan kerugian kepada mereka yang majoriti.

Rata-rata warga peneroka sedar, segala tindakan ANAK ini mungkin didalangi oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan usaha kerajaan ingin menaik dan meninggikan lagi taraf ekonomi kaum Melayu, malangnya mereka menggunakan Melayu anak peneroka yang bangang untuk menggagalkannya.

Lantaran itu, ada suara-suara warga peneroka yang meminta agar kerajaan mewujudkan satu dana khas dan dana ini gunanya untuk menebus kembali tanah kebun dan harta mana-mana peneroka yang  sudah tidak yakin lagi untuk bersama Felda, takut ditipu oleh Felda, takut Felda bangkrap dan tidak mahu bersatu bersama-sama memajukan Felda. Wajar bagi pihak kerajaan mengeluarkan tawaran terbuka kepada puak yang sedikit ini dan bayarlah dengan nilai yang sewajarnya dan anugerahkanlah pulak tanah tersebut kepada ramai lagi rakyat yang susah yang mungkin satu hari nanti akan tahu bersyukur dengan nikmat yang bakal diperolehi dengan menyertai Felda. 

Dengan suasana yang ada sekarang, mereka yakin, bukan dasar dan transformasi kerajaan yang akan menyusahkan warga Felda, tetapi tindakan segelintir warga Felda yang menghalang usaha-usaha kerajaan untuk warga Feldalah yang akan menyebabkan Felda gagal. Maka, dari yang majoriti inilah yang berharap agar yang segelintir yang takut ditipu dek Felda, takut Felda bankrap, serahkan kembali tanah kepada kerajaan dan dengan wang yang diperolehi itu, carilah tempat lain yang meyakinkan mereka. Dan dengan segala hormatnya, warga peneroka yang majoriti ini mempersilakan mereka segeralah berpindah keluar dari Felda agar tidak menjadi tokak yang membusuk dan pinta mereka agar kerajaan segeralah bertindak, sebelum tokak yang kecil akan menyebabkan kaki yang mampu berjalan untuk mencari rezeki pula terpaksa dipotong!


1 comment:

elhafedania said...

sangat setuju.! cubalah tawarkan mereka dgn harga yg munasabah agar mereka dpt 'dibebaskan' dr cngkaman felda yg kejam ini. maka dptlah mereka keluar dr felda seterusnya dptlah mereka hidup bahagia di luar,

ARTIKEL HANGAT BULAN INI