TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, June 7, 2012

SIAPA NAK PULANGKAN RM5,000


Melilau kat FB puak Pakatan, terjumpa aku post kat wall FB Zabidie Abas (sini). 

Zabidie ni kira orang kuat PKR. Ketua AMK Johor. Kira pemimpin le! Tapi kalau pemimpin yang tak teliti, macam mana? Buat banner tu untuk orang baca, tapi kalau eja "penyenaraian" pun jadi "penyeraian", apa kejadahnya? Ini sebenarnya sikap puak Pakatan, yang buat kerja asal boleh aje. 

Lagi satu, nak tahu juga, betul ke ramai peneroka Johor yang bantah penyenaraian FGVB tu? Kalau betul tak setuju, ehhh...pulang le balik duit RM5,000 yang dah ambik tu. Duit tu sebenarnya dapat hasil dari tempias penyenaraian FGVB le. Nak juga aku tengok, berapa ramai yang nak pulang duit tu. Kalau setakat cakap aje bantah penyenaraian, tapi duit durian runtuh hasil tempias penyenaraian tu ditibai juga, tak da maknanya!

Mungkin Zabidie boleh kerjasama dengan Mazlan Aliman untuk kumpulkan balik duit RM5,000 yang dah "terambil" oleh mereka yang tak setuju dengan penyenaraian FGVB dan tolong pulangkan balik kepada Felda. Agak-agak berapa ramai yang nak pulang?


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI