TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Saturday, June 9, 2012

WOITTT....BASUH DAH!!!


Sementara awal lagi ni, kita stop le kejap pasal politik. Cuba tengok Pok Cik kat atas tu, dah siap-siap basuh bas. Dia basuh bas tu bukannya nak bawak orang dengar ceramah Pok Nik atau pegi himpunan hijau. Esok di sesetengah negeri, bebudak dah kena pegi sekolah!!! ....kejap aje cuti 2 minggu.

Cuba tengok, dah siap ke kerja rumah anak-anak, kasutnya dah bersih ke belum, pakaiannya dah bergosok ke belum? Persiapan-persiapan persekolahan yang lain dah cukup ke tidak? Bebudak...biasalah, kalau cuti panjang ni, pembaris ke mana, pensilnya ke mana, pemadamnya ke mana? Ni semua memang mak bapak nak kena pantau, jangan esok anak sampai sekolah serba kekurangan.

Aku.....aku dah dua tiga hari meleteri anak-anak. Nampak macam dah tersusun semuanya. Tinggal nak pastikan aje....he...he...he...tu mak dia punya keja!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI