TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, July 14, 2012

HIMPUNAN OREN - MANA LAGI 120,000?????


Penyenaraian FGVHB memberi manfaat kepada lebih 140,000 warga Felda. Diandaikan, Mazlan Aliman dapat mengumpul 20,000 orang untuk Himpunan Oren, mana lagi yang 120,000 orang yang lain.

Apakah yang 120,000 orang yang lain terlalu bacul untuk berhadapan dengan kumpulan Mazlan Aliman? Mana NGO-NGO Felda, mana GWGF, mana MBF? Mana juga para pengurus yang dah dapat berlot-lot saham FGV? Apa cukup hanya mentertawakan sahaja tindakan ANAK?

Kepada 120,000 lagi warga Felda, ketahuilah Mazlan dan ANAK membawa persepsi negatif terhadap dagangan saham FGV. Apakah hanya apabila harga saham telah merudum, baru masing-masing sedar dan mula nak menyumpah seranah Mazlan dan ANAK? 

Tidak adakah NGO-NGO yang pro FGV yang berupaya mengumpul pula separuh dari 120,000 orang untuk berarak ke Istana Negara meminta YDP Agong mencela perbuatan Mazlan dan ANAK. Ini penting untuk memberikan persepsi positif terhadap FGVH. Zaman berhujah dengan fakta dan data dah ketinggalan. Pihak pembangkang kini menggunakan 'kuantiti kepala' untuk menguatkan hujah dan tuntutan mereka. Maka, pihak yang menentang ANAK dan Mazlan juga perlu menggunakan 'kuantiti kepala' dengan sama berdemo menunjukkan sokongan mereka kepada FGV. Kalau ANAK berarak ke Istana Negara, maka ke Istana Negara juga mereka perlu berarak!

Anak-anak peneroka kena memainkan peranan mereka. Jangan hanya ingin mengharapkan pemimpin bersuara untuk mereka. Mereka tidak boleh mengharapkan pengurus-pengurus Felda untuk mempertahankan perniagaan FGV kebanggaan mereka hancur dek persepsi negatif oleh ANAK. Ini kerana kebanyakkan pengurus yang ada sekarang, untuk mengumpul warga Felda mendengar penerangan tentang FGVpun tak mampu.

Warga Felda yang 120,000 lagi harus sedar bahawa kejayaan Felda sangat dicemburui oleh bukan Melayu. Pasti ada dalang bukan Melayu disebalik ANAK. Selain dari kepentingan politik, yang mana dengan kejayaan FGV akan membawa maksud undi Felda akan terus pahit untuk puak pembangkang, agenda ekonomi juga memainkan peranan yang sangat besar.

Kekuatan ekonomi warga Felda yang majoritinya Melayu dan mendokong parti pemerintah sangat-sangat ditakuti oleh bukan Melayu. Malah dengan kejayaan perniagaan Felda di bawah FGV, tidak mustahil suatu hari nanti akan menelan perniagaan dan perusahaan bukan Melayu.

Warga Felda yang 120,000 lagi ini wajib percaya bahawa kejayaan FGV inilah yang akan mengimbangi ketidakadilan dalam pasaran sekarang sebagaimana Kedai Rakyat 1 Malaysia yang telah mengajar peruncit-peruncit 'buncit' akan etika berniaga.


1 comment:

Anonymous said...

tak nak buat himpunan selamatkan kohilal ka. er mana pkr mana dap pas keseorangan dalam himpun ni. pelik.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI