TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, July 11, 2012

NAK 'OT', NAK SOLAT


Agak hangat juga apabila sebuah bank mengeluarkan pekeliling agar menolak masa 'OT' apabila kakitangan keluar makan dan bersolat. Bagi aku ianya hanya masalah dalaman antara pengurusan dan kakitangan dan menjadi heboh hanya kerana pihak kesatuan yang bingai. Apa gunanya ada kesatuan, kalau tak pandai nak berunding?

Rasanya sebelum ini, memang tiada arahan seumpama ini dimana-mana tempat kerja sekalipun dan biasanya majikan pasti mempunyai alasan tersendiri dalam mengeluarkan pekeliling tersebut.

Kalau bab makan tu, aku no komen la, sebab kalau dah lapar sangatpun, buat kerjapun jadi tak tentu hala.

Cuma bab solat tu, kepada umat Islam, aku harap agar dapat terima sahaja dengan redha. Cuba berfikiran dengan terbuka. Majikan bukan melarang anda untuk bersolat, cuma tidak membayar upah untuk anda bersolat. Upah solat anda akan dibayar oleh Allah SWT, bukannya majikan anda. 

Masalah ini kengkadang terjadi, sebab segelintir kakitangan yang dah dibagi betis nak paha. Umpamanya, dah tahu nak bersolat di tempat kerja, maka setiap hari, siapkan diri dengan pakaian yang bersih, bukannya apabila nak bersolat di tempat kerja terpaksa buka seluar, tukar pelikat dan sebagainya. Maka masa yang pendek menjadi panjang. Dan kalau dah tumpang bersolat masa bekerja tu, janganlah wirid dan doa panjang-panjang. Ingatlah, waktu itu kita sedang dibayar untuk bekerja. Fikirlah....jangan emosional!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI