TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, July 22, 2012

PAKATAN RAKYAT AKAN PERINTAH MALAYSIA!

Suatu hari nanti, parti-parti dalam Pakatan Rakyat bakal memerintah Malaysia. Tetapi mereka bukanlah memerintah Malaysia sebagai sebuah perikatan yang dinamakan Pakatan Rakyat. Ini ialah kerana PAS, DAP dan PKR tidak akan pernah mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat ini akan memerintah secara tunggal dan tuntas mewakili parti masing-masing, tetapi bila? Di bawah inilah rasanya masa dan ketika dimana parti-parti tersebut mampu memerintah Malaysia berdasarkan logo parti masing-masing.

DAP
DAP hanya akan dapat mengusasi pemerintahan Malaysia apabila suatu ketika nanti Malaysia telah berjaya menguasai teknologi roket. Ketika itu, Malaysia mampu mengeluarkan roket dengan teknologi sendiri dan menguasai teknologi dan pasaran roket dunia. Bila? ...tak tahu lagi, tapi kemungkinannya ada!


PKR
PKR juga bakal menerajui pemerintahan Malaysia. Masanya agak sukar diramal. Tetapi sebagaimana logo PKR, dijangkakan PKR akan menguasai pemerintahan Malaysia sezaman dengan turunnya Dajjal bermata satu. Bila? ....juga tak tahu, tapi kemungkinannya ada!

PAS
Kemungkinan PAS untuk menerajui pemerintahan Malaysia agak kabur. Cita-cita pengikut PAS tinggi. Tetapi untuk menunggu bulan dikelilingi langit hijau macam pelik sedikit. Mungkin PAS hanya sesuai jadi pengacau politik sahaja di Malaysia ini.

Nampak gayanya, lama lagilah Barisan Nasional menguasai pemerintahan Malaysia. Hidup BN! Jangan marah le wahai totok-totok Pakatan.... sokong ajelah lambang kat bawah ni masa PRU 13 nanti.


1 comment:

sasha2020 said...

Mana ada Pakatan Rakyat??

Yg ada PAS, DAP, PKR..

Mereka ni menipu rakyat...

Kenapa tak daftar Pakatan Rakyat??

Sebab tak tahu siapa nak dilantik jadi pengerusi, timbalan, setiausaha, bendahari etc...Tak ada kata sepakat dan tak sehaluan semua parti yg ada...


Hidup BN

ARTIKEL HANGAT BULAN INI