5 hari Khalid Gagap sakit kepala. Bingong dia mencari jalan bagaimana nak menghalalkan tindakan kerajaan Negeri Selangor menjemput Nuar Berahim sebagai tetamu semasa sambutan Hari Kebangsaan Ke 55 Peringkat Negeri Selangor.
Setelah puas menggaru dan mengerutkan dahi, akhirnya selepas 5 hari kecoh tentang tindakannya menjemput Nuar, akhirnya Khalid dapat juga jalan untuk spin. Apa kata Khalid?
"Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tetamu jemputan bukannya tetamu kehormat pada sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri, 30 Ogos lalu. Tetamu kehormat dan tetamu jemputan adalah berbeza dalam majlis seperti ini."
Tetamu kehormat dan tetamu jemputan adalah berbeza kata Khalid. Cuma nak tanya, apakah tetamu jemputan yang lain mendapat layanan yang sama sebagaimana yang Nuar dapat? Entahlah...kalau orang Selangor memang boleh dibodohkan oleh Khalid!
No comments:
Post a Comment