Sejak akhir-akhir ini banyak kenyataan Mazlan Aliman yang semacam menjaga kepentingan BN dan membeloti partinya PAS. Terbaru, Mazlan mengingatkan BN bahawa tindakan menyingkir Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkefli Wahab akan membawa akibat yang buruk kepada undi BN pada PRU nanti.
Prihatin betul Mazlan menjaga BN! Ada apa-apa ke? Cuma aku rasa orang Felda cukup bijak untuk menilai. Kalau betul le penyingkiran Datul Dzul akan mengakibatkan kehilangan undi yang besar buat BN, tentunya Mazlan akan buat kenduri pulut kuning. Sekurang-kurangnya lebih mudah le untuk dia mencapai cita-citanya untuk bergelar YB.
Rasanya Mazlan kena sekolah lagi untuk menggunakan perang psikologi ini. Sebenarnya dengan mengekalkan Datuk Dzul akan lebih memudahkan PAS dan ANAK spin isu-isu Felda yang berlaku semasa Datuk Dzul menjawat jawatan Pengurus Besar Felda. Apa untungnya kepada BN? Kalau tak mengapa begitu beria-ia Mazlan dan ANAK mempertahankan Datuk Dzul? Sorry la Mazlan, BN tak akan termakan dengan simpati dan prihatin kamu itu!
No comments:
Post a Comment