Dua insiden yang berlaku ketika di ambang menyambut kemerdekaan negara yang ke 55 yang lepas menunjukkan rakyat Malaysia belum cukup patriotik dan belum cukup bijak untuk diberi kebebasan.
Perbuatan melampau yang berlaku tersebut jelas menunjukkan bahawa rakyat masih perlu dididik dengan undang-undang dan hukuman yang keras. Negara perlu balik semula ke era tahun 70an, bilamana pelaku kesalahan berasa begitu takut dengan hukuman yang bakal diterima hinggakan pada ketika itu ada pemimpin pelajar yang tidak cukup tanah meninggalkan negara setelah merusuh.
Apa yang berlaku bukanlah menunjukkan bahawa rakyat semakin berani, tetapi ia adalah hasil dari hasutan bekas-bekas perusuh terdahulu yang nampak bahawa kerajaan dan penguasa pada hari ini yang semakin bacul.
Bekas-bekas perusuh yang kini telah tua, menyedari kelemahan yang ada pada penguatkuasaan serta kelonggaran undang-undang pada hari ini, menghasut generasi muda agar menjadi rakyat yang biadap, bukannya berani!
Kerajaan dan rakyat yang sentiasa cintakan keamanan seharusnya sedar bahawa bekas-bekas perusuh ini wajib dilabel seperti anjing yang dah terbiasa makan tahi, tahi jugalah yang dicarinya. Membiarkan mereka bebas di laman kita hanya akan mengundang bau busuk yang tak berkesudahan.
1 comment:
Siapa suruh gatal sngt nak mansuh/pinda ISA dan undang2 lain yg boleh bendung benda2 mcm ni dpd berlaku. Tanggung le. Pandangan org2 berpengalaman tak mau diambikkira. Klu perkara2 yg lebih buruk berlaku pd masa hadapan, yg jd mangsa terawal dah tentu rakyat marhaen. Yg "bukan marhaen" dah siap rumah di negara lain plus passport plus jet/helicopter utk beredar selamatkan diri.
Post a Comment