Aduhaiii, aku rasa kalau monyet pandai baca, monyetpun gelak. Kalau nak berkempenpun, janganlah keluarkan statement yang bukan-bukan. Kalaupun tak suka dengan kerajaan yang memerintah, jika usaha yang dibuat itu adalah untuk kebaikan rakyat, apa salahnya disokong.
Cuma aku harap janganlah bengong sangat. Tiada yang leburpun di Pengerang tu. Segalanya dipindah dan yang lama diganti dengan yang baru. Semuanya untuk kesejahteraan dan kemakmuran generasi yang akan datang.
Aku kata monyetpun akan ketawa sebab, Mazlan ni tak sedar. Kalau tahun 60an dulu orang menentang kerajaan buka Felda di Bukit Ramun kerana di situlah tempat monyet bermain dan tempat gajah bertempek, mungkin hari ini, bapa dan keluarganya belum keluar lagi dari belenggu kemiskinan. Tetapi dek wawasan kerajaan yang memandang kehadapan, yang tak mahu melihat warganya melarat, dikorbankan juga taman permainan monyet dan gajah. Diambil dan diberi kepada generasi bapa Mazlan tanpa dicarikan tempat ganti untuk monyet dan gajah.
Kalau fikirkan tentang monyet dan gajah pada ketika itu, aku rasa Mazlan pada hari ini masih lagi pakai seluar katok guna guni tepung cap kunci. Tak pandai nak bercakap macam hari ni.
3 comments:
satu komen je, mazlan bengong!
rasa2 nya baru jer kawasan tenggara..dan felda2 yg berhampiran tu dilanda ribut..keluar dlm berita harian..cukup2 lah menghina tu..Allah murka nanti..Waulahualam
Hina mazlan kene ribut ke? Hebat dolat mazlann ni
Post a Comment