TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, September 23, 2012

"ANAK" DAH GIAN NAK BERDEMO


ANAK nampaknya dah gian nak berdemo. Menurut Presidennya, Mazlan Aliman, "Kalau harga saham jatuh RM4, kita akan buat himpunan besar-besaran lebih besar daripada himpunan oren." Malah dikatakan, himpunan secara besar-besaran itu adalah azam ANAK.

Bila dah berazam tu maknanya sangat-sangat berharap. Ini menunjukkan niat sebenar ANAK yang memang mendoakan agar saham FGV turun merudum, hanya untuk melaksanakan azamnya. Langsung tidak terfikir oleh mereka bagaimana untuk sama-sama mengukuhkan lagi FGV agar nikmatnya dapat dirasai oleh seluruh warga Felda dan sedikit sebanyak tempiasnya oleh rakyat jelata yang lain. Sepatutnya ANAK yang kononnya mewakili sebahagian dari warga Felda, bekerja keras, berusaha dan turut mendoakan agar kejayaan sentiasa menyebelahi FGV. Kenapalah busuk sangat hati mereka? Kalaulah mereka marah sangat dengan Isa Samad, apalah maknanya Isa Samad berbanding dengan 112,635 keluarga peneroka? Doakanlah kejayaan FGV, bukannya untuk Isa Samad atau DS Najib, tetapi untuk warga Felda!

Alangkah baiknya, kalau azam mereka dengan mengatakan ANAK akan berhimpun besar-besaran sekiranya saham FGV melonjak RM10 sebagai tanda kesyukuran. Itu baru cakap orang yang berhati dan berjiwa besar yang sepatutnya menjadi harapan kepada warga Felda. 


2 comments:

Media Shah Alam said...

Saham Kohilal bila nak naik...dok sibuk dengan saham felda

Anonymous said...

kalau jatuh bawah RM4.00, PAKAT RAMAI-RAMAI TAMBAH BELI SAHAM FGVB.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI