TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 22, 2012

SALAHUDDIN...KEMPUNAN LE KO NAK JADI MB JOHOR


Petang tadi, YAB PM, Datuk Seri Najib telah hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Berkelompok UMNO Bahagian Kulai, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Tanjung Piai yang diadakan di bangunan Persada, Johor Bahru. 

Banyak berita baik dan menarik yang diucapkan oleh YAB PM dan YAB Menteri Besar Johor. Namun begitu, berita-berita yang menarik ni eloklah disimpan. Sebabnya, pihak pembangkang bukannya suka dengan berita-berita besar dan menarik yang akan memakmurkan rakyat. Mulalah mereka akan cari jalan bagaimana untuk menggagalkannya. Pembangkang Malaysia memang handal dalam cubaan menggagalkan projek-projek kerajaan memerintah yang menguntungkan rakyat.

Namun begitu, ada seperkara yang elok juga diketengahkan agar yang sedang dibuai angan-angan untuk jadi MB Johor tu, terutamanya Salahuddin Ayob agar mengukur panjang pendeknya kail mereka. UMNO dan BN 100% yakin bahawa Johor tetap akan menjadi kubu kuat BN, sebabnya... dari 2.5 juta pengundi berdaftar, 50% adalah ahli UMNO! Itu belum campur lagi dengan ahli MCA, MIC, atas pagar dan yang merajuk dari PAS, PKR dan DAP. Nampak gayanya kempunan le Salahuddin nak jadi MB Johor.

Seperkara lagi, orang Johor mungkin tak minat dengan Pakatan ni sebab walaupun dah hampir dengan PRU, namun mereka masih lagi gagal mengemukakan kabinet bayangan mereka. Entah apa yang ditakutkan untuk mengumumkan kabinet bayangan mereka, tak tahulah. Yang jelas semua parti dalam Pakatan tiada kesepakatan sebagaimana BN. 

Dek kerana tiada kabinet bayangan, kaum wanita jangan suka-suka undi Pakatan, takut nanti bila mereka menang aje, Mat Sabu yang jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tak ke haru....Mat Sabu memang idamkan jawatan tu!!!

***Gambar sekitar majlis perasmian


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI