Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah ketika berucap di hadapan pelajar Malaysia di Melbourne berkata, Malaysia memerlukan 'politik baru' untuk menjadikannya sebuah negara yang lebih baik. Katanya lagi, 'politik baru' juga mampu melahirkan amalan demokrasi yang lebih sihat, bersih, matang dan progresif.
Aku malaslah pulak nak ulas 'politik baru' bayangan Saifuddin ni. Korang nak tau, klik sini. Aku malas nak ulas sebab kalau tengok pada jengkal Saifuddin tu, jengkalnya pendek!
Bagi aku, untuk menjadikan negara lebih baik, ahli politik pengamal demokrasi itu sendiri yang perlu sihat, bersih dan matang. Apa gunanya melaungkan soal demokrasi, tetapi pengamal-pengamal politik, apabila kalah dalam pilihanraya akan terus berpolitik sehingga timbulnya pilihanraya yang baru? Apa gunanya pilihanraya, apabila kerajaan yang dipilih tidak disokong dan sepanjang masa terus dihimpit dengan pelbagai isu-isu yang dipolitikkan?
Kalau 'politik baru' yang dicadangkan itu ialah politik tangkap, sumbat dan diamkan, aku sokong 100%. Rakyat sebenarnya dah muak dengan sikap ahli politik terutamanya pembangkang yang berpolitik sepanjang masa sehingga menyusahkan pihak yang menang untuk menjalankan pentadbiran. Yang ruginya ialah rakyat. Yang untung hanya segelintir ahli politik yang memang mencari makan dengan politik apabila mendapat imbuhan melalui pentas-pentas ceramah. Kerana kononnya untuk menuju ke arah 'politik baru' inilah berlakunya politik sepanjang masa, menjual janji sepanjang masa yang seharusnya bermusim dan terhad apabila menjelang pilihanraya sahaja.
Apa gunanya 'politik baru' kalau ahli politiknya berperangai macam budak merengek mintak susu sepanjang masa. Aku seronok dengan zaman-zaman yang lepas, di mana kerajaan yang menang, mudah untuk melaksanakan apa jua program dan pembangunan untuk rakyat tanpa dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Cukuplah dengan politik sepanjang masa ini. Ini kerana mana-mana juga parti yang menang, segala dasar, program dan pembangunan yang dibuat adalah untuk kepentingan rakyat sekaliannya yang akan menentukan sokongan untuk parti mereka pada pilihanraya yang mendatang. Kalau dasar, program dan pembangunan tersebut tidak menguntungkan rakyat, undi semasa pilihanraya akan jadi penentu. Maka cukuplah berpolitik sewaktu musim pilihanraya sahaja. Mudahkan kerajaan yang dipilih melaksanakan dasar dan kerja-kerja mereka.
5 comments:
Betul 100%.
Ke pada siapa ditujukan nasihat ni? Kat kerajaan negeri PR atau BN ni?
KENAPA MANGKUK NI DIBIAR KELUAR NEGARA JUMPA PELAJAR
DULU MELB TEMPAT NUAR TAABUR FITNAH , SAMPAI TEXI DRIVER KUTUK MSIA,TUN M -AKU PERNAH NAK BERTUBUK DGN DRIVER TEXI BILA DIA TNYA DR MANA -JWP MSIA DIA KUTUK TUN M,PASAL NUAR BINATANG- NAJIB SIMPAN DIA NI MACM MAYAT DIAWET CUMA TUNGGU NAK TANAM- MENTRI PENGAJIAN TINGGI TAHAP PEMIKIRAN CUKUP RENDAH SEKALI BERKWN DGN PELIWAT KONON BERWATAK WALI
ITULAH NUAR AL JUBURI PELIWAT BERSIRI , BILALH DIA AKN MATI
Tak perlu aneh aneh menjenamakan itu politik lama atau ini politik baru, yang penting ialah kualiti perisian dan juga pelaksanaannya.
Dia ni nmpk sngt gunting dlm lipatan.
saya sokong idea Datuk Saifuddin Abdullah dan dia antara pemimpin UMNO yg berbeda caranya, berbeda juga caranya dgn ekstremis UMNO yg asyik ikut telunjuk, yg hanya memekik, dan menulis komen berselindung pada nama anonymous saja. politik baru yg beliau canangkan lebih matang dan budaya demokrasi yg betul bkn macam sekarang. check and balance masih tiada lagi. dan beliau menggalakkan budaya berdebat yg mana melihat lebih byk idea yg dtg drpd debat.
saya fikir, Datuk Saifuddin Abdullah lebih bagus drpd DS Khaled Nordin, cara dia mendekati pelajar amat dikagumi !
dan kalau dilihat, cara dia berpolitik lebih tenang berbanding politikus UMNO/PERKASA yg seakan tahu raih undi, memekik, menjerit dan memburukkan lawan.
Post a Comment