Pak Lawak PAS, Mahfuz Omar tak suka dengan kenyataan DS Najib yang berbunyi; “Kalau mahu kekalkan teras pemerintahan, pastikan Umno menang. Jika sebaliknya berlaku, buruk padahnya.” Menurut Mahfuz, DS Najib cuba menyuntik jarum halus dengan memainkan sentimen berbaur perkauman yang Mahfuz namakan Skim Takut 1 Malaysia atau singkatannya ST1M.
Mahfuz tak suka dengan kenyataan itu mungkin kerana dia dah tak boleh ST1M lagi kot, ataupun dia cuma ST1M dengan jarum besar yang dimainkan oleh DAP.
Jarum halus UMNO cuma setakat mengingatkan orang Melayu agar memandang ke hadapan nasib anak-anak Melayu dimasa akan datang sekiranya Melayu tidak lagi dominan dalam memegang tampuk kuasa negara. Bagi Melayu yang waras, ingatan itu tidak salah. Seburuk-buruk UMNO, rasanya banyak baik yang telah dibuat untuk Melayu dan Islam. Selain dari UMNO, rasanya belum ada parti politik lain yang mampu menandingi sumbangan UMNO untuk Melayu dan Islam.
PAS yang dah lebih 20 tahun diberi mandat menunjukkan kemampuan di Kelantan, apa sumbangan yang dapat dibanggakan? Anak Kelantan masih lagi merempat hanya untuk menjadi buruh kilang!
Apa yang Mahfuz takutkan dengan jarum halus UMNO? Mengapa ketika jarum besar DAP yang mempertikai pelbagai hak dan keistimewaan Melayu dan Islam, Mahfuz cuma berdiam? Kenapa bila segala rancangan dan wawasan ekonomi untuk kesejahteraan Melayu, kejayaan usahawan Melayu dipertikai oleh puak-puak DAP, Mahfuz diam? Mungkin ST1M dengan jarum besar agaknya!
Gitu-ginipun, mungkin tahap kemampuan berfikir Mahfuz tak kesampaian, lagipun si Mahfuz nipun sekolah tak setinggi mana!
1 comment:
apa yang nak dihairankan dgn mahfus bean ni...percakapan tahap srp
Post a Comment