Kalau bab menyalahkan BN ni, bagi sahaja pada anak beranak Nuar Brahim. Cepat dan pantas! Terbaru, anak kesayangan Nuar yang banyak menyimpan rahsia papanya mendakwa tindakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mewujudkan Tabung Keselamatan 1 Malaysia sebagai kegagalan kerajaan BN menangani masalah jenayah (sini).
Sebenarnya ini adalah masalah Wakil Rakyat! Wakil Rakyat yang tak turun padang dan tak mengambil tahu masalah rakyat hingga menimbulkan gejala sosial yang melampau hingga mencetuskan jenayah.
Wilayah Persekutuan tak le sebesar mana. Tolak WP Putrajaya dan WP Labuan yang rasanya kurang kadar jenayah. Cuma yang teruk dalam WP Kuala Lumpur. Dalam WP Kuala Lumpur, dari 11 kerusi Parlimen, cuma 1 sahaja diwakili oleh calon BN, manakala DAP menguasai 5 kerusi, PKR 4 kerusi dan PAS 1 kerusi.
Apa kerja Wakil Rakyat Ahli Parlimen puak Pakatan? Ada ambil tahu masalah rakyat? Ada turun padang? Ada bantu selesaikan masalah rakyat? Majoritinya sibuk berkampung di tempat-tempat lain mengejar ceramah walaupun bukan musim pilihanraya hanya untuk menabur tohmah dan fitnah serta janji yang tak mungkin ditepati. Kalau dah begitu perangai Wakil Rakyatnya, bagaimana masalah rakyat dapat diatasi? Jenayah meningkat kerana rakyat bermasalah. Masa mintak sokongan dan undi untuk jadi wakil rakyat, janji nak sejahterakan rakyat. Buatlah!!!
Akhirnya masalah rakyat seWilayah Persekutuan Kuala Lumpur terpaksa dipikul oleh satu-satunya calon BN. Patutnya malu dengan prestasi sendiri. Malu sebagai Wakil Rakyat tidak mampu menangani masalah rakyat yang diwakili. Apapun apa nak heran kalau si Izzah menyalahkan BN kerana segala salah laku papa kesayangannya juga dia kata salah BN!
No comments:
Post a Comment