Dalam minggu ini, nampaknya puak-puak ANAK dah hilang modal untuk memainkan isu saham FGV. Mazlan pulak semakin bingong. Bingong memikirkan apa lagi cara untuk menggoncang FGV yang aliran sahamnya semakin mengukuh.
Sekiranya terus mengukuh dan menguasai pasaran, nampaknya cita-cita Mazlan dan puak Pakatan untuk menguasai undi Felda nampaknya akan jadi kempunan.
Sesungguhnya, idea penyenaraian FGV ini adalah wawasan ikhlas pemimpin UMNO sebagai matlamat jangkapanjang untuk ekonomi warga Felda. FGV merupakan satu lagi sumbangan dari pemimpin UMNO untuk ekonomi orang Melayu setelah pemimpin terdahulu berjaya dengan idea membuka Rancangan Tanah Berkelompok. Namun dalam era sekarang, keluasan tanah sangat terhad untuk menambah dan membuka Rancangan Tanah Berkelompok, maka ideanya ialah memberi saham berkelompok pula.
Tiada apa yang perlu dilakukan oleh warga Felda. Cukuplah dengan iringan doa, keyakinan dan kepercayaan bahawa usaha murni ini akan berjaya. Sekiranya ada doa, keyakinan dan kepercayaan tersebut, Insyaallah kejayaan menyebelahi warga peneroka.
Dengan penguasaan langsung sebanyak 2.5% dan tabungan sebanyak 20% ekuiti saham FGV, jika diterjemahkan dalam bentuk wang ringgit, sudah merupakan satu kejayaan bagi warga Felda. Inilah yang dicemburui oleh orang-orang yang tidak suka melihat penguasaan ekonomi orang Melayu. Malangnya yang menjadi pecacai untuk memburuk dan merosakkan saluran ekonomi Melayu ini ialah orang Melayu sendiri dan lebih malang lagi dari kalangan mereka yang membesar dengan zat dan vitamin hasil dari kemakmuran Felda.
Akhirnya, warga Felda bangkitlah. Bangkit menyuarakan sokongan kepada usaha-usaha murni kerajaan untuk meningkatkan lagi ekonomi anda. Rebutlah peluang ini yang cuma ada untuk warga Felda sahaja. Dan bangkitlah juga dengan berani, menangkis segala usaha jahat golongan yang ingin menggagalkan tranformasi ekonomi warga Felda ini.
Terlanjur harga saham FGV yang sedang mengukuh dan Insyaallah akan terus meningkat, halang mana-mana pihak yang ingin berpijak di bumi Felda hanya untuk berdiri menjual tohmah dan temberang disamping menadah tabung meminta sedekah. Anda berani... Felda akan makmur dan cemerlang!
No comments:
Post a Comment