TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 8, 2012

RUMAH TERBUKA ANAK - JAMUAN CERAMAH

Bunga api ANAK rasanya beli dari pasaran gelap. Hebat...macam bunyi perang.
Tahun ni banyak juga Rumah Terbuka Aidilfitri yang aku hadiri, tapi Rumah Terbuka ANAK di Dataran Pasar Lambak, Felda Bukit Besar malam semalam memang lain dari yang lain. Biasanya Rumah Terbuka yang aku hadiri, kalau adapun ucapan, hanyalah setakat ucapan dari tuan rumah yang mengucapkan Selamat Hari Raya dan berterima kasih kepada hadirin yang sudi datang.

Rumah Terbuka ANAK? Hadirin disajikan dengan 5 slot ceramah! Dari 5 penceramah tersebut, hanya seorang sahaja yang kedengaran mengucapkan Selamat Hari Raya. Suasana Syawal yang sepatutnya diisi dengan kata-kata maaf bermaafan hanya dipenuhi dengan umpat cerca terhadap UMNO dan pemimpin negara. Semangat PAS menguasai suasana.

Mazlan Aliman mengambil kesempatan mengampu Presiden PAS, Hadi Awang agar dapat menempatkannya sebagai calon di tempat boleh menang pada PRU13 nanti. Apa tidaknya, mana ada tuan rumah Rumah Terbuka menyambut tetamunya dengan paluan kompang? Mazlan menyambut ketibaan Hadi Awang yang sampai lebih kurang pukul 10.45 malam tu dengan paluan kompang!
Yang mendengar Hadi Awang berceramah
Kalau dikira ramai, agak ramai juga yang hadir tetapi majoritinya orang luar. Ketika Hadi berucap, lebih kurang terdapat 1000 hadirin. Aku kira masih gagal lagi memandangkan Hadi merupakan Presiden parti dan ini juga tentunya belum cukup meyakinkan Mazlan Aliman untuk bertanding di Parlimen Tenggara. Tak percaya, tengoklah PRU nanti, ke mana larinya Mazlan?

Dalam sibuk berhariraya tu, perangai meminta sedekah tetap berjalan seperti biasa. Lebih hebat lagi, malam semalam ada dua permintaan. Pertama seperti biasa, tong yang berjalan atas nama derma jihad dan yang keduanya memohon sumbangan atas nama Dana Wisma. Dapat aje pungut duit, bunga api dibakar! Hebat juak-juak PAS ni. Susah-susah cari duit, kemudian dibakar pulak.

Gitu-gini, kepada Mazlan Aliman, tak guna bercakap banyak. Kalau berani, pada PRU 13 nanti jemputlah menawarkan diri bertanding di kawasan Tenggara ni, tak kiralah samada Parlimen mahupun DUN.


1 comment:

Anonymous said...

Mamat ni kalau bapak dia tak masuk Felda, dah tentu hidup merempat dan jadi kaki ganja..... Warga Felda Bukin Ramun pun tak caya dia. Hidup pun dari hasil Felda, jadi jangan cakap besar.......

ARTIKEL HANGAT BULAN INI