TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, October 5, 2012

AHMAD MASLAN TAK LAYAN

Datuk Ahmad Maslan menolak pelawaan Mazlan Aliman untuk berdebat tentang status FGVH kerana menyifatkan ianya hanya membuang masa. Menurut Tok Mat, Mazlan ajak berdebat sebab nak tutup kesilapannya sendiri selain dah tersepit dengan fitnah yang dijajanya.

Aku setuju sangat kalau Tok Mat tolak pelawaan tu. Mazlan Aliman tu siapa? Sekolah takat mana? Apa standard dia nak lawan debat dengan Tok Mat yang sejak dari sekolah lagi dah kerjanya berdebat dan pernah berdebat hingga ke peringkat Piala Perdana Menteri?

Tak kalau dia berdegil juga dengan cabar mencabar, aku syorkan agar Tok Mat terimalah tawaran debat Mazlan tu, tapi bersyarat. Syaratnya ialah terlanjur namapun dah Felda "Global", maka biarlah debat tu bersifat "global" juga agar para pelabur "global" dapat menilainya. Orang Felda dah tak perlu lagi nak dengar debat ini kerana majoritinya menerima transformasi FGVH ini. Untuk bersifat "global", maka debat itu perlulah dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Amacam?....setuju?


1 comment:

usin said...

bagi syarat, kalau mazlan aliman berdebat tak pakai fakta, main tibai, dan kalah, satu famili dia semua kena berambus dari felda bukit ramun. bagi tanah felda tu kt org miskin yg reti bahasa...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI