TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, October 10, 2012

JOM PART-TIME DENGAN JPJ

Mari kita beramai-ramai mohon untuk buat part-time dengan JPJ. Kalau Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd boleh cari makan dengan menjual gambar kepada JPJ, mengapa kita tak boleh?

Terlanjur kerajaanpun dah umumkan adanya rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, maka bolehlah kita gunakan telefon pintar tu untuk tangkap gambar pesalah trafik dan terus hantar ke sistem JPJ. Kalau Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd boleh dibayar RM16 untuk satu saman, tak mengapalah, JPJ bayar kita RM10 saja sudah cukup.


Mungkin kita tak boleh nak tangkap dan buktikan pesalah yang melebihi had laju, tetapi kita boleh ambil gambar pemandu yang memotong garisan berkembar, langgar lampu merah, menggunakan telefon bimbit dan sebagainya. Ini satu peluang cari duit lebih yang baik untuk belia-belia yang dapat rebat telefon pintar tu. Tak payah cari banyak-banyak, sehari dapat tangkap 10 keping gambar pesalah trafik, dah cukup.

Pakat-pakat le mohon dari sekarang. Kita tengok apa kata Solah Mat Hasan. Kalau Solah banyak songel, tanya dia balik apa istimewanya kamera Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd berbanding dengan telefon pintar yang kita ada? Kenapa JPJ sanggup cari nama dan alamat pesalah trafik dalam sistemnya dan keluarkan saman untuk beri Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd komisyen dan tidak untuk kita? Kita juga layak untuk makan komisyen dengan kerajaan.

Kalau JPJ tak sanggup untuk beri komisyen kepada rakyat biasa yang mengemukakan gambar pesalah trafik untuk disaman, maka Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd juga tak layak untuk diberi keistimewaan menggunakan data dalam simpanan JPJ untuk mencari nama dan alamat pesalah trafik untuk disaman. Tentu ramai yang nak buat part-time ni dan silap-silap boleh jadi full-time! Lumayan....


3 comments:

usin said...

letih la solah mat hasan kena sumpah org hari2. ada pulak mendidik pemandu dgn cara bisness... kesalahan jalan raya tu satu perniagaan ke? ginilah en solah, minta jpa serap anggota jpj tu ke jabatan lain sebab lepas ni dorang dh tak bnyk kerja. pakai 2 3 orgpun dh cukup. yg lain hantarlah mana2 yg patut. kesian org yg terima BR1M, terpaksa serah balik sebab SR1M... alahai solah..solah!!

Anonymous said...

Tak nak kena saman ikutlah undang2. Kenapa ye orang kita, yang salah tetap salah. Dalam solat selalu di sebut2 "Sesungguhnya solat ku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah"... jadi bawa lah sifat ini kemana sahaja. Janganlah dok langar undang. Jadi yang dibuat oleh pihak ini pun hanyalah satu cara bagi membendung mereka yang bodoh sombong. Seandainya semua mengikut peraturan seperti dalam solat, tak ada yang takbir terus sujud bagi salam. Ada ke? Kenapa tak buat. Jadi bila dah ikut peraturan, semua diatas tak adalah. Sedih aku tengok orang yang tak bersalah, bila dilanggar oleh orang yang bodoh sombong... macam anu diatas...

Anonymous said...

Terima Kasih PM kerana memahami masalah rakyat.Sebelum nie,tak tau nak salurkan duit BR1M kat mana.Dengan adanya AES, semuanya mudah,tak perlu beratur panjang.

Terima Kasih PM..Janji ditepati.
Kami pula akan tepati janji kami dalam pilihan raya akan datang

ARTIKEL HANGAT BULAN INI