TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, October 30, 2012

PEMANDU TEKSI TAK PERCAYA SYED HAMID


Kali ini Syed Hamid gagal. Total gagal! Kalau pemandu teksipun dah tak mahu nak berjumpa dan berbincang dengannya, masih tak tahu malu lagi ke untuk menerajui SPAD? 


Dreber teksi sekarang bukannya macam dreber teksi tahun 70an dulu. Sekarang dreber teksi ramai yang ada pendidikan, dah boleh membuat pertimbangan sendiri terhadap dasar-dasar kerajaan samada mendatangkan kebaikan atau tidak terhadap kerjaya mereka. 

Dalam zaman yang ramai seronok untuk jadi penghasut terhadap rasa tidak puashati terhadap dasar-dasar kerajaan, maka sewajarnya kerajaan menukar Syed Hamid ni kepada orang lain. Jangan sampai masalah telah merebak dan membarah kepada seluruh dreber teksi satu Malaysia, baru nak bertindak, maka ketika itu sudah tiada gunanya. Ingat...dreber teksi saban hari berhadapan dengan berbagai peringkat pengundi. Jangan sampai kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap Syed Hamid, mulut mereka menjadi racun untuk undi BN pada PRU 13 nanti.

Kalau difikirkan, ada munasabahnya bantahan pemandu teksi terhadap perkhidmatan bas percuma Go-KL tu. Apa maknanya pemandu teksi dapat tayar percuma secara one-off itu berbanding dengan pengendali bas Go-KL yang tentunya tambang penumpangnya dibayar oleh pihak kerajaan sepanjang masa. Mengapa tidak diwujudkan juga satu sistem teksi percuma ataupun kerajaan menanggung 50% tambang teksi?

Tapikan....nak buat cam mana? Teksi tu kepunyaan rakyat biasa, perniagaan rakyat yang biasa-biasa aje. Sementara bas tu kepunyaan.....isyhhh, kalau setakat modal dua tiga puluh ribu aje, tak layak le nak jadi tauke bas!


5 comments:

padan muko said...

tapi teksi kl banyak menipu. hambik ko!!!

Satu kapai..... said...

Keta sapu pun tak selesai dengan kata nak ambilalih trafik polis pula... Lingkup bahana la jawabnya

Anonymous said...

Memang betul pun, teksi KL banyak yang cekik darah. Kalau bagus sangat mereka tu, takkan la banyak sangat aduan tentang perkhidmatan teksi kat Kolumpo tu. Bila dah tak bagus, rezeki semakin berkurangan, nak cuba jadi penghasut pulak....

ajclubmembers said...

apa apapun, yg utamanya kodomo lion sudak tidak layak Dan paling malang, perlantikannya oleh najib adalah kesilapan paling bear najib, Dan past I menjejaskan undi kpd bn

Rakyat akan membuat hukuman berdasarkan kes, isu Dan emosi Dan bn Kena Teri a hakikat

Anonymous said...

Kalau nak tulis, eja la betul2. Mcm otak sekerat2 pulak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI