TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, October 21, 2012

REMAJA MALAYSIA MEROKOK MEMBIMBANGKAN

Mengikut statistik yang diperolehi di The Tobacco Atlas, 36.3% remaja lelaki dan 4.2% remaja perempuan Malaysia yang berusia antara 13 - 15 tahun merokok.


Walaupun saban tahun harga rokok terus dinaikkan, tetapi ianya tidak dapat mengatasi masalah ini. Kenapa? Apakah remaja Malaysia sememangnya mempunyai duit yang banyak yang boleh dibelanjakan untuk rokok?

Tidak. Remaja Malaysia tidaklah terlalu mewah untuk mampu membeli rokok-rokok "halal" yang mahal. Pada pandangan aku, ini berlaku akibat penguatkuasaan yang lemah. Apa tidaknya, bukannya suatu yang rahsia, di mana-mana sahaja rokok seludup boleh diperolehi dengan mudah dengan harga serendah RM2.50 sekotak! 

Undang-undang melarang penjualan rokok secara batang juga tidak dipatuhi sepenuhnya oleh para peniaga. Masih banyak lagi peniaga yang menjual rokok secara batang ini. Malahan peniaga juga seakan-akan buta, tidak dapat membezakan antara kanak-kanak dan dewasa yang datang membeli rokok di kedai mereka.

Maka di sini timbullah pula persoalan, apakah kerajaan sememangnya mahu mengurangkan dan seterusnya menghapuskan masalah ketagihan rokok ini di kalangan rakyat? Kalau benar, dengan undang-undang dan penguatkuasaan yang longgar ketika ini, hasrat tersebut hanya akan tinggal hasrat sahaja dan cukai yang tinggi hanya akan membebankan perokok tegar yang dah berpuluh tahun merokok. Menghukum perokok yang dah jadi tegar untuk menghalang perokok baru merupakan langkah yang tidak bijak.

Mengapa tidak kerajaan mengambil langkah melesenkan perokok sedia ada? Melesen dan menghadkan tempat-tempat menjual rokok? Penguatkuasaan juga harus memburu mereka yang terlibat dengan rokok seludup ini hingga habis-habisan. Bolehkah ini berlaku? Aku tanyakan ini kerana biasa melihat mereka yang terlibat dengan penguatkuasaan juga menghisap rokok seludup! Kakitangan kerajaan juga ramai yang menghisap rokok seludup!

Akhirnya sekali lagi diminta agar kerajaan melesenkan perokok sedia ada, lesenkan penjual dan tempat menjual. Gubal akta baru yang lebih tegas. Jangan hanya gempita berkempen untuk mengurangkan perokok tetapi dalam masa yang sama tersenyum puas mengaut cukai yang berlipat kali ganda ke atas rokok dan dalam masa yang sama si penyeludup semakin kaya. Masalah tak juga selesai.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI