TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, October 10, 2012

SATU ALIRAN LEBIH PENTING DARI SATU SESI

TPM Tan Sri Muhyiddin berkata bahawa kerajaan berharap agar semua sekolah mempunyai sistem satu sesi dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang.

Kalau dikira pada masa yang 10 tahun itu, ianya telahpun melangkau 2020 yang dicanangkan bahawa Malaysia telah menjadi negara maju.

Sekiranya pendidikan Malaysia hanya berharap untuk mempunyai sekolah satu sesi lebih penting dari mempunyai sekolah satu aliran, maka apa yang dicapai untuk 2020, tiada apa yang dapat membanggakan. Mempunyai sekolah dan guru yang cukup hanyalah bersandarkan kepada kekuatan kewangan tetapi tidak membawa apa-apa perubahan dalam minda rakyat.

Seharusnya kerajaan memberi penekanan dan mempunyai iltizam untuk mewujudkan sekolah satu aliran. Sekolah aliran kebangsaan, yang mungkin boleh dipanggil sekolah aliran Malaysia. Itu lebih penting. Sudah sampai masanya, anak-anak warganegara menikmati segala kesamarataan semenjak dari alam persekolahan lagi dan menanam sifat bangga dengan apa yang dinamakan "kebangsaan" bukannya  "bangsa".

Namun begitu, untuk sekolah satu aliran ini, sekiranya hanya menjadi harapan pihak yang memerintah sahaja, ianya tidak akan terlaksana sampai bila-bila selagi pemain dan ahli-ahli politik China dan India masih bacul dan berselindung dengan perkauman mereka. Dan sewajarnya, selama mana mereka gagal untuk meyakinkan kaum mereka untuk sekolah satu aliran (aliran kebangsaan), maka selama itulah juga mereka gagal untuk mengenepikan sentimen perkauman dalam politik mereka. Sayangnya, untuk popular, pemimpin Melayu juga "malu" untuk memperjuangkan sekolah satu aliran ini.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI