TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, October 10, 2012

MUNGKIN NIK AJIS BOLEH JAWAB USTAZ NASHA


Gambar di atas bukanlah isu yang Pok Nik nak kena jawab dengan Ustaz Nasha, cuma ianya menimbulkan sedikit kemusykilan iaitu kalau tak silap gambar tersebut ialah ketika majlis perasmian pejabat Komplek Perkayuan Kelantan di Dabong. Musykilnya ialah dalam majlis sebeginipun masih banyak air yang bersusun kat depan Pok Nik. Untuk apa air tersebut?

Berkaitan dengan Ustaz Nasha pulak, aku tertarik dengan ungkapannya semasa Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC semalam yang berbunyi;

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir? Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" 

Dan katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam? Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja."

Mungkin Pok Nik boleh bagi sedikit pencerahan berkaitan ungkapan Ustaz Nasha ini. Betul ke dengan bersekongkol dengan DAP, boleh membantu PAS atau PAS cuma diperkuda oleh DAP untuk mencapai cita-citanya?



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI