TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Wednesday, November 28, 2012

GURU PASTI DAPAT 15000


Hebat...terbela juga nasib guru PASTI. Tentu ramai guru PASTI semakin kuat akan menyokong PAS selepas ni. Ini kerana Husam Musa dah umumkan dalam majlis Hari Anugerah Kualiti Pasti Negeri Kelantan dan Penyampaian Elaun Guru Pasti 2012.


Banyak woo 15000 sebulan tu. Akhirnya naik juga elaun guru PASTI ni yek. Kah...kah...kah...15000 tu bukannya RM15000 tau, tapi 15000 sen! 15000 sen tau! Kesian cikgu PASTI, kerja macam nak mampus, yuran bebudak yang belajar kat PASTI bukan main mahal lagi, cikgunya dapat ciputttt aje. Korang kira le sendiri, RM195,000 tu bahagikan dengan 650 orang guru dan bahagi lagi dengan dua bulan. Maknanya cuma RM150.00 sahaja sebulan. 

Nak pujuk cikgu PASTI senang aje Husam menyalahkan kerajaan Pusat dengan berkata;
"kerajaan Pusat menafikan hak prasekolah, namun demi Islam PAS berjaya memajukan Pasti dengan sumber kewangan yang terhad. Mengikut perlembagaan negara, Kerajaan Pusat bertanggungjawab mengeluarkan dana kepada mana-mana pihak yang membuka prasekolah atau sekolah aliran agama yang lain".

Udah le Husam oiii....mana adanya kerajaan menafikan hak pra sekolah? Aku tengok cikgu-cikgu pra sekolah kat SK dan juga Kemas tu bukan main mewah lagi. Malahan guru pra sekolah di TAJ juga hebat. Yang korang PAS nak tunjuk terer dengan kerajaan kononnya nak lawan dengan pra sekolah yang dah kerajaan sediakan, maka kena le berani bertanggungjawab. Ada ke kerajaan Pusat yang paksa korang buka PASTI tu? Jangan le berani buat, tapi tak berani nak tanggung dan bila dah tak tertanggung nak salahkan pihak lain pulak.

Rasanya kalau PAS memang nak bantu guru PASTI, mereka lebih dari berkemampuan. Apa taknya, aku rasa elaun jurubahasa amoi ni untuk pahamkan Husam mungkin jauh lebih tinggi dan mampu PAS bayar.


1 comment:

usin said...

apa nombor2 yg husam sebut ni? aku dh kira kalau ikut kata dia, sorang dpt 150 hengget je. tu termasuk kenaikan gaji dan elaun. berapa ek gaji guru2 pasti ni sebulan, dua hengget ke? husam....husam. paling bodo zaman mcm ni sebulan dorang patut dibayar dgn 3 ekor kambing jamnapari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI