TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, November 5, 2012

PAS JOHOR IKRAR TOLAK PAS ALA KELANTAN


Akhirnya pemimpin-pemimpin PAS Johor sedar, untuk memenangi hati orang Johor, mereka perlu untuk menJohorkan PAS. PAS Johor tak boleh ikut-ikut dengan perangai PAS negeri-negeri lain. Maklumlah, orang Johor ni lemah lembut, tak suka caci mencaci, umpat mengumpat, kata mengata dan lebih-lebih lagi kafir mengkafir. Antara lain mereka nak pakai songkok tinggi pulak!!!



Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz semasa memberikan ucaptamanya menggaris ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan untuk menJohorkan PAS iaitu antaranya, meraikan budaya rakyat Johor (seperti yasinan, marhaban, rewang/kedarat dan tahlil), budaya kesenian popular rakyat (seperti ghazal, tarian zapin dan kuda kepang), budaya berpakaian (baju melayu teluk belanga, baju kurung Johor dan songkok tinggi Johor). Selain itu, budaya makanan tradisional (asam pedas, nasi ambeng, laksa Johor, soto, ketupat dll), institusikan kerja kebajikan, budaya engagement dengan masyarakat Melayu dan meraikan budi bahasa Melayu Johor (misalnya menerang bukannya menyerang, memuji bukannya mengeji) dan lain-lain lagi.

Rupanya banyak kerja yang kena mereka lakukan untuk menJohorkan PAS. Dah jauh mereka tersasar, ha...ha...ha...bagus le kalau PAS Johor dah tersedar dengan kesilapan mereka selama ini. Orang Johor selama ini tak pernah meminggirkan orang PAS, cuma mereka sahaja yang tak mahu bercampur dengan orang bukan PAS.

Jangan pulak selama ni tak pernah nak bercampur dengan Yasinan dan Tahlil, tetiba nak rebut pulak nak jadi ketua yang bawak Yasinan dan Tahlil. Mulalah dengan kerja sebagai tukang cuci pinggan dan gelas kat majlis kahwin. He...he...he...Din nanti kalau dapat jadi MB Johor yang baru, kena le belajar Zapin macam Ghani. Tentu lepas ni songkok orang PAS Johor lebih tinggi dari songkok orang UMNO!


2 comments:

Anonymous said...

wakakaka..... isle pah cumo sesuai di kelate jahh...

tu pon belom tau nasib di pru13 nnt...

Anonymous said...

Mak ai, tingginya songkok pemimpin haprak hamPAS tu. Nampak macam 3 kaki tingginya, ade suku kaki lagi tak lepas dari kepala mereka.... PATUT JUGA MEREKA-MEREKA NI KITA PANGGIL PEMIMPIN 3 SUKU....

kah kah kah kah kah

ARTIKEL HANGAT BULAN INI